Reviu : Zootopia



Menjadi sebuah cerita yang menjadi sebutan orang biasa dan pengkritik filem, Zootopia adalah sebuah cerita yang sukar disyarah kerana inilah yang biasa berlaku kepada cerita yang hampir menuju kesempurnaan.

Terbaik dari sudut cerita, idea, falsafah, watak, latar dan animasi. Kalau nak cerita satu-satu memang akan jadi satu kertas kerja 50 muka menceritakan terperinci apa yang menarik dan terbaik pada setiap elemen dan ditambah perbandingan beberapa cerita animasi terbaik disney seperti Frozen dan Toy story.

Bagi peminat cerita disney, mereka akan menyebut bagaimana Zootopia berubah menjadi sebuah cerita yang sungguh dinamik. Bagaimana Zootopia membawa mesej yang besar dalam bentuk penceritaan Seekor Rabit yang comel (Hopps)

Falsafah perkauman dan prejudis yang tinggi, Idea sebuah bandar haiwan yang baik, Chemistry antara Hopps dan Wilde (musang), plot yang tiada siapa akan menjangka, karakter hopps dan Wilde yang mewujudkan empati dan dialog yang mengesani dan tepat.

Sejujurnya akuingat kisah ini adalah kisah biasa Disney yang ingin membawa watak yang berjuang berhabis-habisan dalam mengejar impian. Itulah dia Hopps. Tetapi perlahan-perlahan dengan pace (kadar) yang cantik berubah menjadi sebuah tema rasis antara prey dan predator (pemburu dan pemangsa) dalam masa yang sama masih mengekalkan konflik Hopps mahu menjadi polis.

Adapun sebenarnya memang dari mula sudah menyebut tentang isu rasis ini. Iaitu ketika Hopps mahu menjadi polis. Dia tidak diterima kerana dia kecil dan hanya sekadar arnab. Bapanya juga tidak terlepas, kerana menyuruh Hopps berhati-hati dengan musang walaupun mereka tidak lagi hidup dalam zaman primitif.

Dan sebentar, aku nak cerita keterejuaan pasal jalan cerita.

Hopps bertemu Wilde ketika dia sedang menjalankan tugas sebagai polis trafik, rupanya dia ditipu, dan menggunakan sebab itu untuk mengugut Wilde bekerjasama (menarik plot ini untuk menceritakan bagaimana dia bertemu wilde)

Disitu dia bertemu kerbau busuk, membawa kepada nombor plat kereta, membawa kepada Mr big; big boss beruang yang rupanya dia pernah selamatkan anaknya dahulu (pun menarik)

Dan berterusan cerita ini kepada dia hampir-hampir dilucutkan jawatan (kembali kepada konflik cita-citanya) namun dengan berkat pertolongan Wilde dan penolong mayor (Bellwether), dia dapat selesaikan kes tersebut.

Rupa-rupanya Bellwether itu yang menyusun Hopps agar dapat menyelesaikan kes.

Jadi selepas dia tahu bahawa ada sebuah bunga yang menjadi punca semua ini, dan rupa-rupanya ada kaitan dengan pencuri yang dia pernah dulu masa jadi polis trafik (ok menarik), dan nak ugut tu dia guna big boss beruang tu.

Part yang ‘rupa-rupanya’ ni bagi aku ianya seronok dan menguji bagaimana mereka susun cerita ini. Sengaja atau tidak sengaja ia tetap menarik dalam sebuah penceritaan.  

Selepas itu ada part menarik kejar mengejar sedikit twist dari penolong mayor dan kisah tamat dengan jayanya. Hopps dapat jadi polis, isu rasis selesai, persahabatan Hopps dan Wilde juga bahagia, dan Wilde sendiri dapat jadi polis.

Kan, ada nilai yang persahabatan yang saya tak ceritakan. Tetapi sempat dimasukkan dalam cerita ini.

Jadi, falsafah dia memang begitu teruja. Nasib baik cerita ini dikartunkan, jika tidak entah bagaimana kesannya. Macam idea inside out, entah bagaimana screenwriter ini buat kisah boleh jadi begini.


9/10

Comments

Popular Posts