Reviu : Assalamualaikum Beijing, Asma Nadia




Harini adalah hari aku bersama Asma Nadia. Yuk, aku bukan ngedate. Aku cuma sempat meluangkan masa menonton 2 buah kisah karya Asma Nadia iaitu Assalamualaikum Beijing (AB) dan Emak Pingin Naik Haji. Ya, aku tidak membaca, aku menonton sahaja, tidak selesai membaca. Terus, aku teringat aku pernah menonton Syurga Yang tak dirindukan (SYTD). Jadi perkenalan aku dengan Asma Nadia semakin rapat haha.

Asalnya mahu menonton Emak Pingin Naik Haji sahaja kerana aku mahu mengadili Asma Nadia dengan sebuah karya yang tidak begitu masyhur. SYTD dan AB adalah sebuah karya yang telah dilakonkan dengan hebat. Pelakonnya yang hebat beserta perfilemen yang dahsyat, dikenali di Indonesia dan Malaysia. Tetapi ada sedikit masa berbaki, jadi aku ternonton AB.


ASSALAMUALAIKUM BEIJING


Simple dan mudah sahaja cerita ini.

Lari dari cinta lama bertemu cinta baru di Beijing, ditambah konflik bahawa orang yang disukai itu belum islam dan bekas kekasih yang mengejar sehingga di Beijing. Sakit, Asma terpaksa pulang ke indonesia meninggalkan Zhongwen, Zhongwen yang akhirnya memeluk islam pergi ke indonesia untuk menikahi Asma. Mereka bernikah dalam tragis walaupun fizikal Asma yang bisu kesan sakitnya.

Namun Asma Nadia adala novelis yang mahir. Kisahnya dihiasi dengan Beijing yang cantik falsafah cinta Ashima (mengikut saya ini menjadi tunjang dalam cerita ini) , kesan cinta yang mengesani manusia (Zhongwen yang memeluk islam) serta tentu sekali Quote manis yang mengisi ruang cerita.

Saya tidak berhak mengadili secara keseluruhan cerita ini kerana saya tidak membacanya. Saya hanya menonton lewat filem dan biasanya karya novel tidak terbanding dengan karya yang disutradakan. Jika dilihat dari sinopsisnya sahaja sudah banyak yang lain.

"Cinta yang sempurna tidak butuh fizikal yang sempurna" 
--ZhongWen


Aku mengejar sesuatu dalam semua karya yang aku lihat atau nonton.

Paling menarik dan harus dijadikan pelajaran adalah simbol Ashima/asma. Dengan nama yang hampir serupa, kisah ini menampilkan dua sosok wanita yang hampir serupa juga sifatnya. Seperti Asma Nadia mendapat idea daripada kisah Ashima.

Apa yang serupa?

Menjadi wanita yang kuat, setia dan diakhirnya menerima cinta walau fizikalnya bukan menjadi ukuran yang pertama. Ashima menjadi batu dan asma menjadi bisu.

Dan daripada situ Asma mengembangkan ideanya. Seorang watak yang serupa Ashima, namun bertudung. Dilarikan kerna wujud konflik, namun terus dikejar Ahe (dalam cerita AB adalah Zhongwen) bertemu semula cinta dan bercakap dengannya walaupun bisu.

Di situ Asma menambah konflik cinta bukan diukur dengan fizikal, dan kisah Zhongwen ikhlas memeluk islam. Disatukan dan jadilah cerita ini.

Namun,

Na, namun selain itu ini kisah yang tidak lari dari cliche. Tidak lari dari Happy ending dewa yang melepaskan dan akhirnya mereka berkahwin. Zhongwen memeluk islam kerana wanita, ya itu juga biasa. Mungkin lebih elok jika dimatikan sahaja watak Asma dan kita lihat adakah Zhongwen peluk islam kerana wanita atau fahamnya dia.

Kesan dakwah juga nipis. Jodoh yang direlegikan. haha begitu islamis bunyinya.



Comments

Popular Posts