Reviu: The Arrival . Siapa komunikasi siapa.


Cerita ini tentang Dr. Louise dan Manusia. Alien jadi sebab saja. 


Secara mudah, ianya adalah sebuah cerita  mengenai seorang pakar Bahasa yang cuba mengorek rahsia mengapa alien datang ke bumi. Ya, ia mengenai dia, seorang pakar bahasa. Kerana cerita ini menumpu pada dia, Dr. Louise, apa yang dia buat ketika itu, keputusannya, dan kaitan dengan masa hadapan.

Bagi saya ia adalah cerita yang biasa. Perkara yang membuatkan cerita ini menarik adalah subjek cerita ini iaitu alien yang datang adalah baik. Cara untuk faham mereka dengan bahasa. Dan cara untuk mengatasi semua masalah ini adalah dengan penyatuan semua orang dan negara. Tambah sedikit dengan konflik dalaman Louise berkait dengan anak dan keluarga. Campur semua ini dan jadilah The Arrival.

Selain itu, The Arrival tampil dengan cerita Alien yang matang. Tak banyak cerita makhluk asing yang saya tonton, tetapi saya kira banyak menampilkan makhluk asing sebagai penakluk bumi. Di The Arrival, tiada penaklukan, tiada aksi luar kawalan seperti bom letupan, grafiti melampau atau tipikal kisah makhluk asing. Yang ada hanyalah makhluk asing yang malah mahu membantu manusia.

Malah, Ia melibatkan semua, bukan Amerika saja yang terlibat. Dan semua bertindak dengan kajian masing-masing yang bukan amerika sahaja yang tahu.

Sedikit nota kepada saya,

The Arrival menampilkan 2 konflik yang akhirnya bertemu dan membantu menyelesaikan konflik. Konflik pertama seperti semua sedia maklum adalah konflik-misi memahami tujuan Alien datang ke bumi. Konflik kedua adalah hidup Louise yang mengalami masa silam (atau masa depan) yang dia mesti hadapai.

Konflik dalaman adalah aspek penting dalam penceritaan. Ia adalah elemen yang hampir mesti diletakkan kepada protagonis dalam novel atau filem. Jadi biasanya kita bersama protgonis  menyelesaikan dua konflik iaitu luaran dan dalaman.

Pada mulanya, saya rasa konflik dalaman arrival sangat tipikal. Teringat anak, masalah keluarga berpunca penceraian dan cinta. Ini sangat biasa dan anda boleh lihat sendiri dalam insterstellar. Namun rupanya setelah kita tahu anak yang memasuki mimpi itu adalah bayangan masa depan pada act ke-3, serta itu adalah petunjuk bahawa apa yang berlaku tidak linear, bermaksud scene bercampur antara masa silam, sekarang, dan masa depan, disitu persepsi saya berubah.

Ia bukan konflik dalaman yang bosan, malah itulah yang membantu dia memahami alien ini.

Dan ketika itu kita faham, ini bukan kisah alien, ini adalah kisah Dr. Louise.

Namun sekali lagi, saya memuji subjek penyatuan manusia sejagat dan bagaimana bahasa dan komunikasi bertindak. Saya nampak, alien yang datang hanya mahu menguji bagaimana manusia bertindak dalam situasi ini. Dan ya sekali lagi, manusia begitu teruk bertindak hasil komunikasi yang salah.

Saya teringat ketika Tim USA memutuskan hubungan dengan semua, dan ketika itu solusi yang ada hanyalah memahami alien untuk memahamkan orang lain. Mungkin itu kemuncak problem komunikasi ini.

Bahasa-perpaduan-komunikasi-jalan cerita tidak linear dalam latar alien.

Itu lah The Arrival.


Comments

Popular Posts