Reviu : Dunkirk, Christopher Nolan




Susah untuk memberi ulasan akan sebuah kisah eksperimental yang dicipta 30 tahun dahulu yang malah dikatakan direka sebelum filem momento. Pergilah ke internet dan jarang kita menjumpai komen buruk dan jika ada, mereka hanya menyimpan dan bersikap playsafe. Memang dari sudut yang normal, filem ini berhak ‘dibosankan’ kerana ada beberapa aspek filem yang jelas kebosanan. Tapi dari satu sudut yang lain, ini sebuah penceritaan yang sedikit lain namun autentik.

(Saya menulis ulasan ini sambil mendengar soundtrack Hans Zimmer, The Mole. Ticking dan ticking the clock!)

Maka dalam cerita ini kita belajar penceritaan. Jalan cerita yang semua orang tahu, mereka mahu melarikan diri, dan ya selamat tetapi bagaimana diceritakan semula. Ini yang saya nampak, saya dapat di internet dan berbincang dengan kawan. 

(ada orang belanja saya tonton di Imax, Sunway Piramid.)  

Maka berikut ulasan saya tentang Dunkirk :

- Karakter

1. Tiada watak protagonis dan antagonis yang jelas. Ini bukan kisah seorang hero british yang berlawan dengan seratus nazi. Anda tidak akan menjumpai seorang hero tunggal dengan misinya. Ia adalah mainan situasi yang tidak mengendahkan hero. Jadi ini antara unsur eksperimental yang bakal mewujudkan ketiadaan empati kepada watak, tiada quote-quote juara, lebih kepada cerita dan seolah seperti tiada misi yang jelas. Ini mengakibatkan penonton tidak jelas apa jalan cerita, nampak seperti berulang, dan membosankan!

2. Semua watak kelihatan sama. Karakter yang semua lebih kurang iaitu berpasir, berambut hitam dan kurus keding. Biasanya dalam kisah perang, askar mempunyai karakter yang jelas dan berbeza seperti berbadan sasa, bertatu, ada rokok di mulut, berparut besar di muka, ada jenis percakapan bergaya tentera. Tetapi tidak di dunkirk.

Semuanya sama dan jika anda menonton cerita ini dengan ayah anda yang berumur atau adik perempuan kecil, pasti mereka akan kerap bertanya, “siapa mereka?” kerana biasanya penonton akan fokus pada watak utama yang jelas ciri-cirinya. Oleh kerana dunkirk hampir tidak memfokuskan pada karakter, hanya pada situasi, maka keadaan ini akan sedikit janggal bagi mereka. Sehinggakan saya tak apa nama watak Harry Style dalam ini, walaupun dia bintang besar. 

- Dialog yang sangat minimal. Dialog mengurangkan intense, melambatkan masa, menambah plot, memberi peluang kepada karakter untuk bercerita. Ya ada sedikit dialog dalam Dunkirk seperti dialog komander bolton itupun sekadar memberitahu beberapa maklumat seperti jerman yang berundur dan dialog ‘home’. Selebihnya hanyalah perang. Dan perang seharusnya begitu bukan, banyak aksi, kurang bual!

- Bukan seperti cerita perang yang biasa. Bukannya kaki yang hangus, atau bom yang tidak perlu yang ditayangkan. Malah dalam beberapa kali serangan kapal terbang, tiada yang meletup. Semuanya landing kecemasan dan berasap sahaja ketika ditembak.


Little boat adalah hero?


- Tiada idle. Nolan mahu memaksimakan 1 sejam setengah ini dengan begitu intense. Tiada bualan kosong, yang menceritakan isteri atau anak mereka yang yatim seperti cerita perang yang lain. Semua bergerak pantas, bermain masa dengan sangat sharp, pergi ke satu scene ke scene dengan terus. Malah, tiada cutting yang jelas antara pertukaran sudut pandang.

- Authentic; authentic adalah keaslian. Gambar yang asli, cinematografi yang asli, cerita yang asli, musik yang asli, kisah perang yang asli. Setiap view adalah hasil obses Nolan dalam memberikan yang terbaik. Tidak terlepas walau sesaat di semua tempat dan semua ciri-ciri kecuali hanyalah kesempurnaan dan keaslian. Semua tempat anda akan teruja walaupun tiada bom terbakar yang melampau-lampau.

- 3 jalan cerita yg berbeza. 3 sudut pandang yang berbeza adalah sinopsis dan inilah perkara yang paling jelas untuk menerangkan konsep dalam cerita ini. Pantai, laut, dan darat. Malah bukan sahaja 3 sudut pandang, tetapi 3 tempoh masa yang berbeza. Seminggu di pantai, sehari di laut dan sejam di pantai. Bagi saya gabungan ini menghasilkan satu timeline yang tidak linear. Ya, seperti berlumba, ketiga-tiga ini seolah menunjukkan siapa yang paling manfaat dalam misi menyelematkan ini

- Tiada unsur heroic  seperti cerita perang yang lain, misalan Saving Privat Ryan atau hacksaw Ridge. Cerita ini adalah tipikal heroic. Ada seorang hero dan kita fokus pada seorang. Tapi ini tidak. Ia berkaitan terus kepada war, situasi, dan misi menyelemat. Dan jika ada pun adalah nelayan atau George, itupun bukanlah protagnis sebenar dalam cerita)



Chirstopher Nolan dan IMAX


- Tidak kelihatan walau seorang tentera nazi. Jadi ini menunjukkan nazi bukan antagonis. Nazi bukan lawan mereka walaupun ini antara kisah perang paling penting dalam siri perang dunia kedua. Tetapi tidak ditunjukkan lansung. Bagi saya, Nolan memang mahu menunjukkan kepada kita dalam cerita ini Nazi bukan lawan, lawan mereka adalah masa atau

- Tiada quote yang power. cerita perang adalah cerita semangat yang menimbulkan semangat kenegaraan atau persahabatan. Tetapi tidak. Tiada scene janji antara sahabat, tiada ucapan dari pemimpin tertinggi. Dan hampir tiada emosi sedih. Jika ada pun sedikit pada pemandu nelayan Mr. Dawson dan di akhir ketika mereka pulang menaiki tren.


Falsafah Dunkirk versi Nolan

Konflik Dunkirk adalah menyelamatkan diri dengan apa jua cara dengan masa yang ada. Semua begitu. Di pantai hanya ada seminggu sebelum Jerman kembali menyerang. Di udara, Farrier ada masa sejam sebelum kapal terbangnya kehabisan minyak. Di laut, nelayan tidak punya masa yang banyak, kapal mereka kecil dan kapal terbang dan kapal laut nazi yang boleh tiba bila-bila masa.

Ditambah dengan bunyi tik tik jam hasil Hans Zimmer pada sepanjang cerita, Nolan bermain dengan benda itu. Semua perlu survival pada masa sendiri, dan melawan apa jua takdir yang berada di depan mata. Permainan masa memberikan jalan cerita lebih laju, sharp dan memberi lebih debaran.

Lagi, Nolan memberi maksud baru pada ‘hero’ yang bukan seperti apa yang biasa kita lihat di cerita perang yang lain. Di laut, para nelayan tidak tahu apa yang berlaku di pantai. Di pantai tidak melihat apa yang berlaku di udara, di udara tidak tahu apa yang berlaku di pantai malah di laut walaupun tugas mereka mengiring bot (sejarah menyebut 800 bot) menuju ke pantai padahal di semua tempat, para ‘hero’ sedang menjalankan kerja sehabis baik.


Minyak bukan ada


Dan inilah perang. Kita tidak tahu apa yang berlaku di sebelah sana walaupun seakan berkait, laut pantai dan udara yang berhampiran

Bagi saya, ini sebab mengapa nolan menunjukkan Farrier yang memilih untuk mendarat jauh daripada pantai. Mungkin dia tidak tahu yang kawasan itu sudah ditakluk jerman, atau mungkin disebabkan isu teknikal seperti sukar untuk terjun dengan payung terjun. Tapi itu nilai hero; dalam perang, memang tidak akan diketahui.



Comments

Popular Posts