Reviu: The Arrival . Siapa komunikasi siapa.
Cerita ini tentang Dr. Louise dan Manusia. Alien jadi sebab saja. Secara mudah, ianya adalah sebuah cerita mengenai seorang pakar Bahasa yang cuba mengorek rahsia mengapa alien datang ke bumi. Ya, ia mengenai dia, seorang pakar bahasa. Kerana cerita ini menumpu pada dia, Dr. Louise, apa yang dia buat ketika itu, keputusannya, dan kaitan dengan masa hadapan. Bagi saya ia adalah cerita yang biasa. Perkara yang membuatkan cerita ini menarik adalah subjek cerita ini iaitu alien yang datang adalah baik. Cara untuk faham mereka dengan bahasa. Dan cara untuk mengatasi semua masalah ini adalah dengan penyatuan semua orang dan negara. Tambah sedikit dengan konflik dalaman Louise berkait dengan anak dan keluarga. Campur semua ini dan jadilah The Arrival. Selain itu, The Arrival tampil dengan cerita Alien yang matang. Tak banyak cerita makhluk asing yang saya tonton, tetapi saya kira banyak menampilkan makhluk asing sebagai penakluk bumi. Di The Arrival, tiada penaklukan, tiada a