Nota - Run Sarada! (Boruto ep 17)



Jadi semalam saya menonton Boruto episod 17 dan berakhir dengan sebuah kajian jalan cerita yang penuh satu kertas A4. Gelak sendiri dibuatnya apabila siap. Rasa semangat betul.

Hasil semalam adalah mengenai jalan cerita cuma saya memandang dari sudut Uyko Kodachi, bagaimana dia merangka proses ini terjadi. Saya meneka bagaimana cerita ini dibuat, apa yang menjadi jalan cerita utama, apa yang diedit kemudian, apa kaitan scene awal dengan kemudian dan apakah scene itu memang wujud, atau sekadar menampung scene yang lain bagi melengkapkan cerita.

Bukan apa, saya tertarik dengan cerita semalam kerana dilihat mudah. Bagaimanakah cerita Sarada yang misinya menghantar barang boleh terkait dengan Boruto yang pergi memancing, kenapa ada Cho-cho, dan apa kaitan dengan Sakura yang pergi melancong.

Dan banyak kisah Naruto dan Boruto yang bentuknya begini. Jadi saya berhasrat mengkaji sebuah agar menjadi pedoman kemudian hari.

Hehe.

Anda boleh lihat detail pada gambar di atas yang boleh dipanggil story arc. Sukar untuk diceritakan semua, tetapi saya akan tulis beberapa poin penting yang menjadi pedoman bagi saya.


1- Saya memilih 'Sarada hantar barang' sebagai jalan cerita asas.

Sarada kena hantar barang  >  Barang tertinggal dalam kereta api  >  Hampir dapat tetapi Boruto kacau > jumpa Cho Cho > Cho Cho bawak pergi lost n found > bawak jumpa makcik tahu semua > gaduh di air terjun

Daripada semudah;

Sarada kena hantar barang  > barang tertinggal > Hampir dapat, tapi tak dapat  > mustahil nak dapat > ada cara nak dapat > dapat

Jadi kalau saya buat cerita, saya akan tanya diri sendiri, Kenapa Sarada kena hantar barang, apa yang menyukarkan sarada, bagaimana nak buat tiba-tiba ada harapan balik, dan bagaimana akhirnya boleh dapat. Saya jangka beginilah asasnya dan itu lah soalannya. Kenapa Sarada hantar, Sebab Sakura. Jadi buatlah cerita Sakura. Buatlah Boruto menyibuk, tambahlah Cho Cho untuk membantu.


2 - Scene pelajar yang belajar atas air, dan scene perbualan Boruto dan Sarada adalah intro, act 1, pendahuluan bagi cerita ini. Tak terkait dengan kisah Sarada yang perlu menghantar teddy bear. Cuma perbualan ini penting untuk menidakkan Sarada yang hampir-hampir dapat teddy bear. Jadi nak halang Sarada dapat, buatlah scene awal Boruto dan Sarada. Juga untuk beritahu Boruto nak pergi pancing.

3- Apakah tugas Boruto dalam kisah ini? ya, menjadi penghalang kepada Sarada. Apa yang halang Sarada dari hampir-hampir nak dapat? Boruto yang cabar dia naik kereta api  yang isinya ada pada perbualan di mula-mula cerita. Apa yang buat Sarada jatuh? Boruto yang sedang pancing.

Jadi buatlah kisah Boruto pergi pancing. Dan terselitlah kisah mereka memancing dengan Sarada pergi hantar barang.

4- Cho Cho adalah watak yang muncul, mengubah cerita ini. Dia tahu mana lost n found, tahu di mana makcik yang tahu semua. Sebab kalau Sarada berseorangan nampak macam tak kuat dan seolah Sarada tahu semua.

5- Lepas gabung apa jadi? dapatlah kisah yang menarik dan aksi yang juga menarik. Ada jalan atas air, Sakura yang teringat-ingat Sasuke dan Boruto tolong kawan. Semua ini semudah cerita 'Sarada hantar barang' cuma bagaimana ditambah dan diolah.

Cuma ini saya teka saja. Tak tanya Uyko pun. Haha

Sekadar menjadi nota pada diri sendiri.







Comments

Popular Posts