Risensi - Salina, A. Samad Said



Sukar endak komen novel yang cara penceritaannya tidak seperti novel melayu yang lain. Sukar untuk dikenalpasti apakah misi novel ini. Jika ini kisah tentang Salina, maka sebenarnya tidaklah terlalu menumpu pada Salina. Semuanya punyai masalah dan semuanya mahu keluar dari kepayahan hidup di kampung kambing.

Maka aku kira, masyarakat adalah watak utama dan antagonisnya kehidupan yang ditekan. Ya, ini lebih adil.

Malah, ini adalah tipikal Pak Samad dengan cerita melayu yang larat lagi-lagi yang selepas perang. Kisah melayu yang mahu bangkit tetapi dihimpit masalah hasil fikiran dan akhlak yang sangat rendah. Hampir tiada jiwa, dan sukar sekali mahu keluar dari himpitan ini.

Adapun bagi saya, ini kisah yang 'character based'. Novel ni bergerak dengan watak dan oleh kerana saya tidak nampak siapa watak utama, maka semua watak ini daripada Salina, Helmy, Nahidah, Abdul Fakar, Razman, Zarina malah Sunarto menggerakkan novel ini. Perlahan-lahan mereka bersama keluar, merangkak menyelesaikan.

Namun adakah ada orang yang selesai masalahnya?

Hampir tiada dan itulah penutupnya. Helmy kehilangan semua orang dan tidak sambung belajar, Salina hanya berjaya keluar dari tekanan Fakar. Razman pula mati bersama kampung kambing yang terbakar. Hampir-hampir Helmy menjadi hero pada cerita ini. Mungkin dia menjadi hero menyelematkan perempuan pelacur yang baik hati dengan mengahwini Salina atau Nahidah atau menjadi seorang yang berjaya mengubah kampungnya yang larat dengan menjadi arkitek yang berjaya, sesuai dengan cita-citanya.

Tetapi tidak kerana itu cliche. Atau kerana sebab yang lebih penting, itulah hakikat melayu pada dekad 50-an.

Nilainya, mungkin kesan perang yang tiada ujung, mungkin melayu mesti berjiwa besar, mungkin ilmu, atau mungkin melayu ini akan sentiasa sahaja lemah. Bergantunglah pada anda.


Comments

Popular Posts