Sedang berlatih!




Satu sebab mengapa saya mengambil keputusan untuk berlatih dalam beberapa perkara. Semua disebabkan umur saya kini sudah 22 tahun. Makin lambat dan makin masalah.

Boleh jadi ini langkah saya untuk berlatih dan bertatih. Memang. Memang saya menyesal kerana dahulu saya tidak berlatih. Padan muka khas buat saya.


1) Berlatih menulis. 

Bercita-cita besar ingin membantu umat dengan pen dan kertas, maka perlu paling kurang menulis pada setiap hari. Dengan ini, saya dapat menulis, mengeluarkan idea dengan lebih pantas. Tidak kesah apa juga genre. Tulis apa-apa pun. Pak Latip ada menyebut :

"Walau sibuk macam mana sekalipun, setiap hari mesti menulis sekurang-kurangnya satu muka surat.

2) Berlatih membaca 

Seseorang pernah berkata kepada saya bahawa membaca adalah bakat seorang penulis. Menulis bukan bakat sebenarnya, membaca sebenarnya bakat. Kurangkan tidur, sentiasa membawa buku, letak target untuk bacaan antara langkah-langkah untuk berlatih. Tidak melampau kalau 50-100 muka sehari.


3) Berlatih tidak mengumpat. 

Oleh kerana terlalu biasa, jadi mesti dikurangkan. Lagi-lagi dalam keadaan separa sedar.



4) Berlatih tidak ujub. 

Masalah hati adalah masalah yang perlu dilatih kerana ianya memang tidak sedar. Menganggap kita comel atau mampu membuat status yang 40 likes adalah amat bahaya. Yang lain boleh lagi, ujub ini memang masalah lama.


Marilah bersama saya!

Comments

  1. Penulisan Tuan sangat persuasif.

    Sebagai pembaca, saya minat dengan penulisan Tuan.

    Serius, saya suka akan poin yang Tuan katakan -
    "Seseorang pernah berkata kepada saya bahawa membaca adalah bakat seorang penulis. Menulis bukan bakat sebenarnya, membaca sebenarnya bakat."

    Tahniah! penulisan Tuan memikat hati saya.

    ReplyDelete
  2. pujian yang bersifat kutukan seperti ini tidak diterima. :) dibandingkan dengan Tuan, apalah saya ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan begitu Nawfal. Tidak seronok saya sebagai pembaca dan pengikut tegar Nawfal.

      Penulisan Nawfal walaupun masih perlu diperbaiki seperti saya sendiri yang masih terkontang-kanting mencari seni penulisan persuasif seperti blogger otai diluar sana.

      Saya suka akan kejujuran penulisan Nawfal.

      AqifAzizan Penulis Persuasif Malaysia menyatakan bahawa, apabila kita mahu penulisan kita persuasif, kita lihat penulisan pakar.

      Tuan Aqif Azizan adalah mentor penulisan online saya. Saya suka akan informasi yang disampaikan melalui penulisan beliau. Sungguh menyentap mata.

      Delete
    2. Kagun dengan tuan. Ingin berprojek sekali nanti. Ada masa kita sembang belakang.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Kagum dengan tuan asyroff. Teringin pula ingin berprojek dengan tuan. :) nanti kita bincang ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh ada projek. Kagum saya dapat bekerjasama dengan Nawfal yang sangat mantap!!. hehe ..

      Tiada masalah, boleh saja asalkan bahagia. hehe ..

      Senyum selalu ya.

      Delete

Post a Comment

Jemput kritik!

Popular Posts