Reviu : Surga Yang Tak Dirindukan 2, Asma Nadia



Sekali lagi sebuah karya Asma Nadia yang tidak sempat aku membacanya lalu aku nonton sahaja iaitu Surga yang dirindukan (SYD).

Kalini memang aku memohon maaf kerana tidak membacanya kerana sejujurnya filem ini memang sangatlah tidak bagus dari segi penceritaan. Aku hanya husnuzon (sangka baik) bahawa karya novelnya jauh lebih baik. Itu yang aku harapkan.

Apa yang tidak puas hati?

Berbeza dengan Surga yang tidak dirindukan (SYTD), SYTD menunjukkan sebuah jalan cerita, plot dan konflik yang tersusun. Watak Pras, Arini, Meirose berkembang dengan baik serta di akhirnya kita akan berasa kasihan dengan apa yang mereka hadapi. Adakah Pras mampu selesaikan halnya yang berkahwin dua, Arini adakah dia mampu ikhlas, dan Meirose adakah dia mampu bersabar menjadi isteri kedua.

Sedangkan SYD,  watak tidak berkuasa lansung dalam menentukan cerita. Ya, memang kita tak harapkan Asma memberikan cerita setanding oscar namun ini terlampau tiba-tiba. Itu tiba-tiba dan ini tiba-tiba.

Aku sempat memberi beberapa contoh;

TERserempak Mei di masjid Budapest, TERjumpa Meirose di stesen kereta api, dia TERsakit, Nadia TERdengar pasal kanker ibunya, Nadia TERlihat Mei dan doktor Syarief di atas jambatan, Pras TERjumpa nadia di masjid Dar-Salam, Syarief TIBA-TIBA ada ketika Meirose konfes pada ustaz, dan Syarief TIBA-TIBA datang ke rumah ketika Arini meluahkan perasaan pada Meirose.

Semuanya tiba-tiba dan tak sengaja dan berlaku di luar kawalan watak. Malah ini menjadikan cerita ini mudah. Masukkan sahaja ter- dan tiba-tiba maka jadilah cerita tanpa susunan plot yang baik. 
Sekali lagi, memang dibenarkan memasukkan elemen tiba-tiba dalam cerita tetapi terlalu kerap, maka akan terjadi sebuah cerita yang tidak masak dan tidak seronok. Watak tidak menjadi kuat kerana bukan hasil usaha dia. Hasil benda lain dan dia perlu mengikut sahaja.

Nora Danish. Ya kau memang tak perlu. Merosakkan dengan lakonan kayu dan hanya menambah perasa.

Dan cerita ini menjadi sebuah kisah cinta sinetron yang tidak jelas mesej dakwahnya. Entah, macam tiada mesej. Semua orang boleh bercinta seperti biasa dan berpegangan tangan.

Mungkin ini bahana sequel, atau bahana novel yang dilakonkan atau bahana tidak membaca novelnya dahulu. Haha





Comments

Popular Posts