Risensi: Cinta hari-hari rusuhan



Ulasan cinta hari-hari rusuhan

1.   Sebagai penggemar novel karya Faizal Tehrani (FT), saya cuba mendapatkan semua buku tulisan beliau  dan novel ini tidak dijumpai kecuali diterbitkan semula oleh Dubook. Dibeli pada pesta buku kuala lumpur 2017

2.   Judge (sangkaan) awal : buku ini akan menjadi seperti buku Faizal Tehrani yang lain, hanya menitik beratkan soal fakta di dalamnya. Jadi saya beranggapan dia akan dipenuhi dengan fakta kebangkitan mahasiswa, reformasi, politik, dan debat antara mahasiswa.

Walaubagaimana pun, buku ini bukanlah sekadar itu. Ia sarat dengan konflik. Ia ini novel Faizal Tehrani yang bersirat konfliknya. Maka ia bergerak dengan plot, bukannya sekadar debat dan khutbah seperti kebanyakan karya beliau. Malah banyak unsur menarik yang menjadikan buku ini menarik selain mewujudkan kesedaran kepada mahasiswa.


3.   Apa yang membuatkan buku ini menarik?

Biar saya tulis beberapa konflik yang menjadi plot buku ini

                    I.            Cinta dua darjat antara dua aktivis mahasiswa yang berlatarkan perjuangan mahasiswa pada 1970. (ini tema utama. Ini berkenaan kisah cinta Tengku Valizah dan Basri yang berlaku ketika rusuhan. 20 tahun mereka berpisah. Tengku Val hingga mati ingat akan cintanya, dan basri masih membayangkan Val pada Basariah)

                  II.            Perjuangan retorik yang tidak berkekalan. Hanya semangat di zaman mahasiswa sahaja (kritikan pada kawan-kawannya yang cair identiti. Basri hingga keluar Malaysia sedangkan kawannya menjadi pemimpian yang mereka merusuh dahulu)

                III.            Mahasiswa yang menyusun protes dan demonstrasi. Terpaksa melawan dengan polis hingga melarikan diri. (ini menjadi latar. Pembaca akan tidak keruan apakah Berjaya protes mereka? Apakah yang berlaku pada basri? Adakah basri selamat?)

                IV.            Mahasiswa yang bodoh (Paling ketara adalah watak raja hisyamuddin yang berfoya-foya malah mengandunkan Tengku Val anak luar nikah, serta membunuh ayah Tengku Val sendiri)

                  V.            Konflik dalaman yang penting pada setiap watak. (Basri dengan cinta dan perjuangan, Tengku Val juga. Basariah mahu selamatkan ibunya, Raja hisyamuddin ketika muda yang befoya dan berubah ketika tua, kawan-kawan Basri di scrud seperti nakamura juga memberi kesan dalam cerita ini.


4.    Apa lagi yang membuatkan buku ini menarik?

                    I.            Bagi saya, benda yang paling menarik dalam novel ini LATARLatar tempat yang berlaku di Malaysia dan eropah diceritakn dengan baik oleh FT. Ini berlaku ketika Basri melompat negeri dari Sidney hingga ke London. Semua tempat ini tidak dibiar kosong.  Kedua latar masa. Dua latar yang berbeza iaitu lewat 60-an dan 90-an. latar 60-an menjadi kuasa besar kerana padanya berlaku rusuhan demi rusuhan. 

                  II.            Watak Basri yang sangat-sangat kuat. Dia pencinta sejati. Dia kuat melawan. Dia tidak statik. Dia merantau. Dia merantau 20 tahun. Dia kekal dengan cintanya. Dia kekal melawan. Dia tidak menangis. Dia memendam rindu pada negara dan cintanya. Dia membuat silap dengan tidak memeriksa apa sebab Tengku Val menjadi begitu.

Mahu apa lagi? Ini watak yang menarik dan menggerakkan plot serta watak lain.

                III.            Menerangkan erti pemuda dan mahasiswa dengan lebih luas. Benar mahasiswa tidak perlu mahu membakar dan merosakkan pagar dan melawan polis. Namun mahasiswa perlu sedar bahawa hidup mereka lebih besar daripada lulus periksan dan mendapat kerja yang baik. Jarang ada novel yang menyebut kisah ini.

5. Apa lagi?

                  Saya tidak menggemari cara hubungan lelaki-perempuan antara val dan Basri. Ya memang benar kurang kesedaran agama ketika zaman 1975 tetapi tidak harus begitu mesra hingga memegang pipi. Bermain cinta sambil berjuang adalah anak muda yang tidak faham. Ia perjuangan tanpa agama.

6 Kesimpulan

Ia adalah sebuah kisah yang menarik. Kisah cintanya bagi saya tidak tipikal. Menunggu 20 tahun hingga naik gila, namun setelah berjumpa semula hasil usaha basariah yang juga mencintai basri, cerita dibiar tergantung. Happy ending adalah tipikal. Mereka berdua salah namun tidak perlu mereka memaafkan. Biarkan sahaja Basri dirusuh begitu hingga akhir hayatnya.

Plot dua zaman muncul, Basariah menjadi penghubung antara dua zaman ini. 

Diselit dengan dugaan Tengku Val yang berjuang dengan ibunya yang mementingkan darjat. Serta Raja Hisyamuddin sebagai mahasiswa bodoh. Hingga Basri melarikan diri hingga 20  tahun.

Bertemu pula kawannya yang menarik. Mempunyai cerita lama. Konflik personal yang menghantui diri. Padahal boleh sahaja tidak memasukkan mereka ini dan tidak mengkusutkan cerita ini. Rupanya di situ terselit Nakamura yang mengundang perasaan Basri untuk pulang.

Dan pulangnya bahagia? Oh tidak. Hingga ke akhir Basri menderita dengan sebab merusuh di luar menentang kerajaan. Dan membiar diri dirusuh oleh tengku Val disebabkan sangka buruk.
Paling penting, semua konflik ini dilatari dengan latar rusuhan dan demonstrasi.

Inilah hasilnya jika latar begini bercantum dengan watak yang kuat serta konflik yang tersirat.

7/10




Comments

Popular Posts