Reviu: Moonlight, Budak hitam pandai berlakon.





Moonlight adalah sebuah kisah ‘penceritaan’ yang sangat-sangat baik dan bergabung dengan falsafah subteks yang luar dari kebiasaan.

Jika anda adalah seorang yang lebih gemar kepada ‘cerita’ maka, Moonlight bukanlah kisah yang akan memberikan wow kepada anda. Ianya lebih kepada kesempurnaan semua karakter, little, chiron, black, Paula (ibu chiron), Teresa, Jaun, kevin dan terrel. Dialog yang tepat, tersembunyi padanya makna yang mendalam. Saya belum lagi mahir untuk menghargai mainan musik dan camera. Namun review daripada youtube memberikan sedikit panduan, dan memang jelas kelihatan apa yang mereka  review-kan.

Makanya ianya tentang seorang budak hitam yang hidup dalam suasana black-urban yang mempunyai konflik mencari diri sendiri. Dipersembahkan kepada tiga peringkat umur, Chiron ketika kecil, chiron ketika sekolah menengah dan chiron ketika sudah besar.

Dua peringkat umur awal mempunyai gaya yang lebih serupa. Cuma ketika chiron meningkat menengah, dia lebih menunjukkan apa yang ada dalam diri dia. Dia pukul terrel yang membulinya, dia bertindak terhadap ibunya, dan melakukan aksi intim bersama Kevin. Di peringkat dewasa pula, dia seolah berubah, mengikut contoh Juan, dia berubah menjadi seorang yang lebih perkasa, mempunyai kawan, lebih banyak bercakap dan kaya.

Namun kemudiannya tetap juga apabila bertemu Kevin, dia kembali senyap, menjadi insan lemah yang sudah lama tidak mendapat sentuhan Kevin.

Banyak yang saya disebut di atas tidak ditunjukkan secara jelas. Semunya dengan body  language, dialog yang minimal, pandangan mata, musik, dan mainan camera. Kita akan jelas memahami keperitan yang chiron lalui dengan hanya perkara di atas.

Namun saya suka apa yang berlaku pada 20 minit yang pertama. Ketika perkenalan watak, pendahuluan dan act1 berlaku.

Bagaimana kita tahu Chiron mempunyai masalah? Siapakah Juan? Bagaimana cerita ini menunjukkan ibu Chiron yang mempunyai masalah dadah? Falsafah moonlight dan berenang, Kevin mengajar dia bertumbuk. Bagaimana ditunjukkan seorang penjual dadah mahu memberikan ihsan pada chiron.

Semua ini disusun dan dilakonkan dengan baik hingga kita benar-benar selami semua masalah yang berlaku pada semua watak yang ada.

Maka inilah hasil idea seorang black yang mempunyai konflik identiti, dibuli kerana lemah, bertahan namun kemudian meletup dan kemudiannya berubah. Namun bergabung dengan penceritaan yang penuh mendalam dan real. Inilah dia.

Ending dia jangan cakap, hambar tak hambar. Klimaks dia, pun jangan bincang. Nikmatilah black-black ini berlakon

Comments

Popular Posts