Outliers : HAMKA


Tak kayu jenjang dikeping
 Tak emas bungkal diasah



Setakat ini, saya imani bahawa semua orang yang genius, yang berjaya dalam dunia ini tidak kira dalam bidang apa sekalipun, dia ada faktor usaha yang kuat. Dia juga ada faktor yang memberikan dia peluang untuk usaha lebih. Bakat ada namun bukan itu faktor utama. Mereka ada peluang dan usaha. Maka akan meletup jika digabung adun.

Saya nampak ada faktor tersebut dalam diri HAMKA

Faktor terbesar mungkin bapanya yang memang bermimpi untuk melihat anaknya menjadi ulama besar. Walaupun HAMKA tidak mengikut jalan yang dirancang bapanya namun atas faktor itu juga akhirnya HAMKA menjadi seorang ulama tersohor.

Paling penting adalah pendidikan sedari kecil. Seawal 6 tahun sudah biasa pada kaba, 7 tahun masuk dua sekolah.

Atas sebab sekolah petang yang dia tidak gemar kerana mengacau waktu mainnya, dia memberontak dan ponteng. Namun disebabkan daripada kecil dia suka kepada kaba maka pontengnya itu membawa dia ke perpustakaan. ini peluang.

Sikap berontaknya lagi membawa dirinya sekali lagi untuk keluar mengambara ke Pulau Jawa. Ke Pulau Jawa ini dia bertemu ramai guru-guru dan akhir pada tempoh ini dia menemui semangat untuk belajar ilmu Islam.

Dengan sikap tidak mahu kalah, dia ke Mekah setelah dicemuh kerana tidak ada ilmu. Kesan kuat mengembara menjadikan dia seorang berdikari hingga dia ke Mekkah menggunakan duit sendiri. Juga, sekali lagi peluang dapat menggunakan perpustakaan Mekkah. 7 bulan sahaja namun hasilnya luar biasa.

Kesimpulannya:

1- Ayahnynya
2- Peluang kaba
3- Kerap bertemu perpustakaan yang percuma
4- Ayahnya yang membentuk sikap berontak

= Ulama dan daie tersohor yang membuat cerpen (haha)

Jadi, apa faktor outliers anda?



Comments

Popular Posts