antara 'suka' dan 'Azimah'




saya ada satu hemat yang saya baru belajar.

Mencari titik tengah antara 'enjoy yourself' dan 'membuat A'zimah'

idea ini terhasil kerana kita adalah manusia yang berkerja setiap hari dan dalam setiap itu kita berada dalam pilihan 1)buat apa yang kita suka dan 2)buat apa yang kit tidak suka namun penting.

23 tahun hidup, dua-dua perkara ini memang akan sentiasa hadir dan tidak boleh elak. Dan selalu saya terperangkap, adakah perlu kita buat perkara yang kita tidak enjoy dan tidak suka.

Dalam banyak sekali motivasi yang kita dengar, ramai yang akan kata; "enjoy yourself in what you are doing"

dan banyak kita boleh lihat orang yang berjaya ini mempunyai satu tips yang sama walau di mana pun bidang mereka. Mereka akan memberi tips, buat apa yang kamu suka.

Namun, adakah betul kita hanya perlu melakukan apa yang kita enjoy dan apa yang kita suka? bagaimana jika benda yang kita tidak enjoy itu adalah benda yang penting dan memberi kesan besar?

dan banyak hadis dan ayat al-Qur'an menyebut tentang suka dan duka:

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. - asyrh 5,6 

dan Allah juga banyak sebut tentang gantian yang lebih baik yang kita tidak tahu. Dan semestinya banyak ayat tentang sabar

maka ini adalah Azimah. mengambil yang berat, besar dan susah walaupun ada pilihan lain yang lebih mudah.

jika kita memandang lebih besar, yang menggerakkan dunia ini adalah mereka yang memegang azimah, mengambil yang susah, tidak tidur malam, kurang makan dan beribu lagi bentuk kesusahan.


jadi bagaimana ingin mengawal dua titik ini? 


Mereka yang enjoy dalam kerja mereka juga berjaya, yang azimah juga berjaya. Jadi yang mana satu yang betul dan juga soalan yang lebih penting, mana yang sepatutnya kita buat.

Adakah betul untuk kita melakukan apa yang susah, jauh, berat dan apa yang kita tidak suka.

begini,

buat yang anda suka dan yang paling enjoy adalah penting bagi menjadikan anda manusia. Pasti ada benda yang anda paling suka, berbakat dalam dunia ini. Saya sarankan anda untuk buatlah benda ini bersungguh mungkin. Yang anda suka ini adalah anda dan jangan buang ia. Anda akan stress dan jauh dari sifat manusiawi.

jika suka menyanyi, menyanyi lah sesuka hati anda. Suka mengembara, pergilah mengambara asalkan tidak melampau.

Namun, anda juga bukanlah seorang manusia jika anda hanya melakukan apa yang anda suka dan enjoy. Sejarah dunia dan umat terdahulu bukanlah ini. Sepanjang hidup nabi, adalah Azimah. 

Namun juga, adakah nabi tidak enjoy akan kerja dakwah dan membaiki dunia?

Semestinya tidak.

Enjoy dalam kesusahan dan Azimah adalah sifir yang menggerakkan dunia. Mencari kepuasan dalam azimah yang kita lakukan adalah yang paling sepatutnya kita lakukan.

Sesungguhnya barangsiapa yang meninggalkan sesuatu Karena Allah maka niscaya Dia akan menggantikannya dengan yang lebih baik dari apa yang telah ditinggalkannya. Sesungguhnya balasan itu sesuai dengan jenis perbuatannya. Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman (yang artinya) : ‘Barangsiapa yang beramal kebaikan walau seberat biji dzarroh pun niscaya dia akan melihat balasannya, dan barangsiapa yang mengerjakan keburukan seberat dzarrah pun , niscaya dia akan melihat balasannya pula” (QS. Al-Zalzalah: 7-8)

Tiada siapa suka kesusahan kecuali ianya berbaloi

Kawallah apa yang anda suka, dan buatlah apa yang tidak suka.

kerana susah itu enjoy juga.

Mungkin kita silap definisi antara susah dan malas.








Comments

Popular Posts