Berani untuk bertaubat.


Berapa lama lagi mahu jadi pengecut? 


Seperti hari-hari biasa, saya akan melalu jalan yang saya biasa lalu menuju ke masjid untuk menunaikan solat Zohor. Hari yang indah dengan cuaca sedang-sedang sedap, tidak sejuk dan tidak panas kelihatan stesen minyak di sebelah masjid orang-orang Mesir sibuk bekerja. Zohor adalah waktu kemuncak bagi mereka dalam sehari. 

Namun tolong, janganlah ada yang mengacau perjalanan saya hari ini lagi. 
Malangnya ada. 
Dan betul-betul di sebelah masjid. 

Sebuah teksi memakir kereta di sebelah masjid dan seorang wanita akhir 20-an keluar dari teksi tersebut. Pakaiannya sakit mata, bertumit tinggi dan berseluar ketat memperincikan lagi badannya. Lagi, yakin parkir sebelah masjid entah kenapa. Tidak takut Tuhan rasanya. 

Kali keberapa saya tidak tahu. Mengalami peristiwa malang seperti ini ketika menuju ke masjid membuatkan saya geram kerana secara mentalnya mengganggu saya ketika waktu solat nanti. 

Apa boleh buat, jalan ini berkongsi. Dia boleh buat apa yang dia mahu buat, apa yang dia mahu pakai. 

Malah membuatkan saya susah untuk beristigfar selepas solat. Sukar bagi seorang remaja bagi saya untuk menuturkan lafaz istighfar dalam keadaan tadi baru melihat dosa dan sukar untuk kita lepaskan dosa tersebut. 

Rasa hati tidak berani untuk bertaubat. Kerap perasaan ini datang kerana tidak betul-betul bulat dalam melepaskan dosa. Ataupun tidak berani mencuba untuk bertaubat dan menyerah kalah kepada dosa kita yang sedang kita buat.

Saya pejam mata. 

التوبة حسن لكن في الشباب أحس

ما من شيء أحب إلى الله من شاب تائب وما من شيء أبغض إلى الله تعالى من شيخ مقيم على معاصيه 


Beranilah untuk mengucap kita salah, untuk mengaku kita salah, untuk melepaskan dosa, untuk tidak melakukan dosa itu lagi. 

Semestinya, satu perasaan aneh apabila saya keluar dari pintu masjid, seperti jadi orang baru. 

Comments

Popular Posts