Membaca



Ada sesetengah orang, membaca bagi mereka adalah syurga,seolah itulah segalanya dan semestinya beribu juta lagi merasakan membaca adalah neraka.

Saya tidak menyokong kedua-duanya. Tidak menyokong yang jenis membaca tidak henti dan jika kita melihat pada quote mereka, mereka akan kata syurga itu gambarannya adalah perpustakaan. 'Biarlah apa orang kata, tapi syurgaku adalah perpustakaan'

Ini melampau.

Saya juga tidak setuju dengan mereka yang mempunyai kadar pembacaan satu buku setahun, yang jenis hanya memapu bertahan selama dua halaman, yang tidak tahu mahu baca apa dan memang jenis terlalu jauh dari buku.

ini melampau juga dan bagi saya lebih teruk dari jenis pertama.

Beberapa perkara 

Saya adalah solution-type person. Biasanya beberapa faktor yang menyebabkan jenis yang kedua ini dan saya mohon untuk terus kepada poin tersebut tanpa berleter panjang:

1- Malas
2- Sibuk
3- Tidak tahu baca apa
4- Kos
5- Extrovert melampau
6- Inferiority complex dengan kawan yang lebih berilmu
7- Bukan budaya dari kecil(memang khusus pada Malaysian)
8- Takut dikutuk
9- Tidak pandai membaca(tidak tahu cara, bila, apa dan bagaimana untuk membaca)
10- internet (kesibukan generasi y)


Teringin saya untuk memperincikan perkara ini. Dalam keadaan kita yang serba tahu mengenai statistik negatif tentang budaya membaca, tidak ramai yang cuba mencari solusi bagaimana mahu mengubah perkara ini dan sibuk mengulang dan mengulang statistik itu.

Mengenal punca masalah adalah langkah pertama.

namun ada satu sebab lagi. sebab utama kenapa ramai yang tidak membaca(tanpa menafikan faktor di atas)

12- Tidak tahu sebab mengapa perlu membaca serta kurang dorongan

Bagaimana kalau saya kata kurang membaca adalah kewajiban seorang muslim?


*nantikan seterusnya...

Comments

Popular Posts