Komen : Assalamualaikum FT

YO! ASSALAMUALAIKUM DUNIA!

Lagu paling baru Faizal Tahir, Assalamualaikum muncul dengan penuh gahnya. Saya peminat beliau jadi tidak hairan saya tahu.

Komen saya, lagu ini baik! Liriknya jika tidak keterlaluan mengandungi unsur dakwah secara tidak lansung dan memberikan gambaran rahmah bahawa islam adalah agama untuk semua. Islam adalah agama keamanan!

Tambahan, Persembahan kamera-nya cantik. lirik, lagu, suara, kamera semua saya puji. Memang Faizal Tahir.

Saya macam nak komen pakcik india yang sebut Assalamualaikum. Tapi kena pastikan dahulu dia muslim atau tidak. Jika tidak, kena tahu kemuliaan Assalamualaikum dan hukum orang kafir menyebutnya.

Alhamdulillah ramai yang tahu tentang itu. Malah pelik jika orang kafir yang tak maklum akan keindahan islam dari sudut ini.
Ramai yang hina agamakuTerasa bakar di jiwaku
Can't believe there are people like this
Can't believe we are living like this
Apa kita hanya terima sahaja?

Namun ada batas keriangan dalam menyampaikan rahmah. Dan bukan semua orang tahu tentang perkara ini. Kena tahu Red line dalam isu ini.

Iaitu bagaimana hubungan dengan kafir. Apa batas rahmahnya?

1- Kena imani Islam hanyalah satu-satu agama yang benar atas bumi ini. Yang lain semua salah
2- Kena imani islam paling tinggi dan tiada yang lebih tinggi dari ia. Dan semua ken tunduk.
3- Agama lain semua salah dan mereka perlu didakwah dengan adab dan cara muamalah yang betul

Ya, kita firm dalam isu ini namun bukanlah jumpa mereka kita kena perang. Bukan.berdakwah dan bergaul dengan mereka tapi kena jelas dan perlu lekat 3 perkara di atas dalam hati sanubari kita.

Assalamualikum-lah pada dunia namun masih perlu tegas dalam prinsip dan akidah kita!


p/s :  FT kata takanlah kita nak berdiam diri apabila orang hina agama kita. Macam tegas, tapi lepas itu baik-baik pula? Rasa terbakar dalam jiwa, tapi macam baik di luar. apakah?




Comments

Popular Posts