Tidak cukup


Cukuplah Zirafah! kau sudah tinggi! 


Memang sifat manusia itu memang tidak cukup. Nabi juga ajar kita untuk cukup dalam setengah perkara dan  juga tidak cukup dalam berapa perkara.

Nabi menunjuk jelas kepada kita bahawa jangan merasa cukup dengna tahajjud yang kita buat. Tidak cukup hingga lebam kaki nabi. Juga ketika sahabat meluaskan empayar mereka hingga seolah tidak cukup tanah. Omar alKhattab juga tidak puas hati dengan setengah daripada harta beliau disedekahkan.

Mereka hebat kerana pandai menggunakan rasa tidak cukup.

Kerana itu saya kerap geleng kepala kerana saya juga rasa tidak cukup. Cuma tidak tahu adakah rasa itu adalah rasa yang betul atau hanyalah hawa yang salah.

Dua perkara yang tidak cukup sekarang ini adalah,

Tidak cukup masa

dan ; Tidak cukup wang

Masalah yang sangat biasa bagi kebanyakan bujang. Sesetengah orang merasakan bahawa tidak cukup wang adalah memeritkan. Bagi saya masa yang tidak cukup-cukup adalah lebih menyiksakan daripada wang yang kering.

Kerana masa yang tidak digunakan dengan baik akan memberi kesan kepada masa hadapan anda. Sedangkan duit yang tidak cukup, boleh sehaja dicari kembali. Cuma perlu usaha lebih

Kerana masa itu adalah kehidupan kata AlBanna. Kehebatan menyusun masa dengan baik adalah bukti anda seorang yang hebat dan beragenda. Dan anda juga adalah manusia bijak.

Namun kedua-duanya bagi saya adalah masalah. Apabila bertembungan komintment dakwah dan tarbiyyah dengan projek diri sendiri rasa diri ini memerlukan 1 atau 2 jam tambahan. Ataupun diberikan kekuatan untuk kurang tidur dalam sehari.

Wang juga semakin lama semakin laju ia mengalir. kehidupan mendatang dengan projek memerlukan duit yang mencukupi. Buku perlu banyak dibeli, kursus juga perlu banyak dihadiri. Simpanan untuk berkahwin, menyambung master juga perlu diperuntukan. Tiada bantuan pula.

Ini masalah saya.

Namun seronok juga saya dalam situasi tidak cukup ini.

kerana apa?

Kerana saya bukannya menangisi tidak cukup dengan menjerit tiada masa untuk bermain futsal, keluar wayang atau pergi date. Saya tidak cukup masa untuk lebih membaca, dakwah dan berjumpa orang.

Juga, saya bukan menjerit kerana tidak dapat tablet atau gajet terkini. Tidak, tidak cukup untuk membeli buku dan menolong orang lain.

Kerana terselamat daripada tidak cukup yang merapu seperti kebanyakan ini membuat saya bersyukur sangat-sangat.


Pandai-pandailah mengawal rasa tidak cukup. Yang perlu cukup, sudah-sudahlah. Yang perlu kejar untuk dicukupkan, cukupkanlah walau sesukar manapun!

Comments

Popular Posts