Buat Aku Yang Jarang Mendengar Azan Subuh


Pasca tsunami Jepun 11 Mac 2011


Aku seorang yang jarang mendengar azan subuh. Rasa lebih hidup ketika mendengar azan subuh.

Aku bukan hidup di negara khurafat yang tiada azan subuh. Rasa beruntung mendengar azan subuh

Malah, azan subuh di tempat aku ini beribu dan bersahut. Satu di hujung sana, denngan pelbagai lagu yang enak-enak.

Rasa zalim pada diri yang begitu teringin mendengar azan subuh. Tapi yang biasa didengar adalah bacaan tahiyat imam kedua sahaja.

Jauh sekali daripada mengumandangkan azan subuh, Cukuplah dengan hanya mendengarnya!

Berilah aku peluang ini selalu Tuhan.

Aku tahu tidak ramai mendengar azan subuh, kau pilih aku untuk berada di saat ini, aku tahu tidak ramai

Perasaan ini sngat jarang, sangat lain dari azan yang lain

Untunglah kau kawan yang selalu qiam. Untunglah kau selalu mendengar Azan Subuh.


Nawfal ahmad
Ketika azan subuh
Beyt Tobba elramly 

Comments

Popular Posts