Terima kasih atas kasih




Februari yang lalu adalah bulan yang menarik. Sepuluh atau lima tahun dahulu, muslimin di Malaysia tidaklah begitu cakna dengan masalah cinta yang berlaku di sekeliling. Mungkin kerana apabila ramai pihak mengeluarkan banyak fakta tentang bilangan zina, pembuangan bayi mahupun lari dari rumah. Terima kasih kepada pihak yang berusaha mengeluarkan fakta sebegitu.

Terima kasih juga kepada semua badan-badan, jamaah, parti atau mana-mana pertubuhan yang sangat ligat memperjuangkan larangan menyambut Valentine. Keluar berbagai poster dan video comel yang sangat cantik dan cathcy .

sangat memberi kesan. semua boleh nampak.

Terima kasih juga kepada gadis-gadis muda, perempuan, adik-adik dan kakak-kakak yang sangat menahan diri dari bergaya comel hadapan kamera, facebook dan instagram. Anda sangat hebat saya kira. Tidak ramai yang mampu sebegitu.

Tidak dilupakan kepada anda jejaka yang kacak juga comel. tidak mengacau dan mengajak kawan perempuan anda pergi date , beri bunga, belanja top-up  dan sebagainya.

Akhirnya apabila semua bergerak hasil kefaham mahu mengubah suasana, maka akan menjadilah.

Terima kasih!




Comments

  1. Saya nak belanja Nawfal makan aiskrim lah.

    heheh ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi 1, tajuk kat atas tu boleh buat kandungan buku.

      Nice but smart. So sweet.

      Delete
    2. calling-calling saja nanti

      Delete

Post a Comment

Jemput kritik!

Popular Posts