Takbir yang memutus!


Kek yang sedap ini juga apabila diangkat takbir, maka hilanglah sedapnya.! 


Takbir adalah satu kuasa yang amat besar bagi seorang muslim.

Padanya ada satu kuasa pemutus yang jika seorang muslim itu benar dengan aqidahnya maka setiap sebutan takbir itu akan merasionalkan dirinya sebagai seorang muslim.

Kalimat pertama pada azan dan iqamat adalah takbir dan antara rukun awal seorang muslim ketika solat adalah takbir selepas niat. Dalam ketiga-tiga situasi ini, takbir adalah kalimat yang paling sesuai bagi seorang muslim berbanding kalimat yang lain.

Sepatutnya takbir akan memutuskan segala apa selain Tuhannya. Kita kembali rasional bahawa Tuhan adalah paling atas dan tiada selainnya yang patut kita fokuskan selain dia.

Mendengar azan adalah pemutus pertama, iqamat sebagai pemutus kedua dan ketika anda mengangkat takbir itu sepatutnya akan terputus segalanya. Yang dunia dan seisinya dibiar tepi dan hanya Tuhan sahaja dihadapan.

Jadi sepatutnya jika seorang menjerit takbir! maka anda perlu bukan sekadar laung, tetapi juga


"putus segalanya" 

"fokus" 

"kembali rasional"



Bukanlah ia sekadar satu laungan kosong yang didengar hebat. Kerana sekali anda laungkan takbir itu bermakna anda kembali rasional bahawa anda adalah seorang muslim dan kembali fokus kepada target hidup kita adalah untuk berbakti tuhan sahaja.

Jika masih belum merasai setinggi pemutus ini, maka baiki iman kita bersama. Itu praktikalnya.

Takbir!



Comments

Popular Posts