Bila datang Matahari



Saat matahari datang itu yang paling indah. Semua ketepi, semua ku tolak. Hanya nampak satu

Cuma, matahari itu datang tidak selalu. Kadang-kadang sahaja bila ada yang berkata ;

"aku semalam tidur sejam sahaja. kerja banyak!"

"ana jumpa zaujah ana seminggu sehari sahaja, memang tak sempat"

"umm nidhol itu ketika anaknya syahid, dialah yang paling seronok.. terus dia menjerit.."

"Ah. dia tu infaq banyak gila!"

Kontra dengan saat datang bulan. Bukan mengata hawa, tapi begitulah..
Kalau datang bulan, monyok duduk teman diri dalam rumah.
Kalau datang matahari, itulah semua keluar.. semangat hingga tidak tidur.
Kalau datang bulan, seperti lembu. pantang merah mahu marah.

Kalau datang matahari, semua baik-baik!


Matahari .. oh matahari


Aura yang memecah semesta
Menyampaikan pesan kesunyian dikala sendirian
Kesepian menyelubungi hari-hariku
Disajikan dalam doa-doa rindu
Yang menanti kau datang dan pergi
Seperti mimpi-mimpiku fantasiku
Bukan dongeng lagi yang sayup kedengaran
Disisi cuping di setiap corong
Lorong yang lohong
Benar ku tak bohong
Bila hati menyanyi .. oh~~


Comments

Popular Posts