Adventura : Misconception course

Dari kiri: saya , Fadel solimen(the speaker also the director of bridge foundation) , Amar Ismat



Baru-beru ini berkesempatan mengikuti sebuah kursus anjuran bridges foundation tentang Misconception in Islam. Teruja juga kerana ini adalah kursus pertama saya di Mesir ini. Kursus ini diadakan selama 3 hari dan pastinya dikenakan bayaran yang agak mahal bagi saya yang jarang menjejak kaki ke program sebegini. 


Berikut adalah pengajaran yang saya berjaya ambil, terimalah seadanya :


1)  Pengalaman baru dan kenalan baru. 

Memang pengalaman berada pada kursus pertama di negara asing ini. Nampak seperti saya entah apa-apa juga kerana berada di negara asing tetapi baru mengikuti kursus. Memang saya akui kelemahan diri ini. Dan berharap diberi peluang untuk menghadiri kursus seperti ini lagi.

Kenalan yang dikenal di sini semuanya educated belaka kerana mereka di sini agak petah berbahasa Inggeris. Saya berkata begini kerana orang biasa memang tidak akan petah inggeris mereka kecuali yang betul educated sahaja. Mereka educated dan nampak liberal sedikit (dari pakaian dan gaya) namun pengetahuan am tentang islam mereka amat luas. Dari sirah, hukum hingga ke perbincangan fikah, mereka kuasai.

Ammu (pakcik) yang duduk di sebelah saya adalah seorang penyarah, dan seorang lagi adalah orang palestin. Seronok namun rasa kerdil diri ini


2) Keluar dari kandang. 
Sesekali memang perlu keluar dari kandang sendiri untuk nampak dunia yang lebih luas. Duduk dalam komuniti yang tidak memuaskan (kurang perbincangan kritikal) memang kadang kala membosankan. Apabila keluar bertemu dengan mereka, rasa diri ini perlu maju bertapak-tapak lagi.

Antara perasan yang hadir ketika tamat program adalah lega . Kerana sudah lama tidak mendapat angin baru seperti ini. Bahaya juga rasanya kalau terlalu lama berada dalam kandang. Tidak berkembang .


3) Critical thinking 
Memang kelemahan diri adalah kurangnya kritikal dalam berfikir. Ah, memang kasihan. Saya terlalu ingin mempunyai kemahiran menilai, analisis, interpretasi, mengembangkan dan menerangkan kembali. Tidak ramai pula muslim yang berkemahiran sebegitu.

Memang perlu lebih banyak membaca, keluar bertemu orang dan berbincang. Akan cuba Insyallah 



4) Kita hidup di zaman ilmu 

Maksudnya jika anda seorang yang tiada ilmu maka anda bukan siapa-siapa pada zaman ini. Peperangan zaman ini bukanlah peperangan senjata semata, anda perlu berlawan dengan puak liberal , rebel dan banyak lagi puak yang memang cerdas dan bijak.

Dengan menggunakan konsep 'waaiddu lahum mastato'tum' , maka kewajipan kita untuk menggentarkan mereka dengan ilmu yang kita ada. Jadi menjadi individu yang hebat, kritikal, cerdas adalah satu tuntutan yang paling utama pada zaman ini


5) English is very important ma! 

Tanpa menafikan Bahasa Melayu adalah bahasa yang memang perlu dipertahankan, dan  juga bahasa ibunda kita, bahasa Inggeris adalah bahasa yang teramat penting untuk ada pelajari. Penghadang terbesar saya pada kursus tempoh hari adalah bahasa ini. Faham sudah boleh, cuma ketika ingin terangkan memang masalah.

Kena cuba juga. Tidak boleh lari!


6)  Rasa diri makin lembap. 

Atau sebenarnya saya ini memang lembap? selalu juga saya ketuk kepada kerana sukar memahami apa yang diterangkan. Mungkin kerana sudah lama tidak diasah, maka beginilah jadinya. Tidak boleh menyalahkan seratus peratus kepada susana yang tidak membantu. Salahkan diri yang memang tidak berusaha membijakkan diri.

Juga, pastinya kerana dosa saya yang melimpah ini. Dosa yang menggelapkan mata dan hati saya.


7) Misconception dan debat 

Tidak boleh anda lawan mereka ini jika anda tiada knowledge, trust, emotional, sincerity, obejectivity, honesty, dan precision. Ilmu kena ada, juga keyakinan. Jangan lupa tuhan, doa diperbanyakkan, cari pengalaman dan jadilah orang yang bijak.

Debat memang tidak layak untuk orang yang tidak ilmu dan malas membaca.










Comments

Popular Posts