Menang weh menang!





Bagi mereka yang beriman dengan teori pertembungan, semestinya mereka akan merasa kelainan dengan kemenenangan Gaza semalam (26/8/2014) . Dalam siri-siri kekacauan jika dilihat daripada tahun ini sahaja seperti kekacauan di Mesir, peperangan yang berterusan di Syria, libya, politik di Turki, malah bertubi-tubi masalah yang berlaku di Malaysia sendiri,tiba-tiba satu kemenangan hadir pada kita semalam. (saya sendiri tidak menjangkakan kemenangan berpihak pada Palestin kerana bacaan pertembungan Palestin-Israel)

Seolah-olah jatuh ditimpa tangga hingga patah kaki namun selepas itu mendapat kaki palsu yang lebih ringan dan laju.

Begitulah.

Bagi mereka yang gemar pada penceritaan, yang tahu klimaks, perkembangan, plot dan sebagainya, satu yang menarik di sini adalah pertembungan ini kita tidak semestinya tewas sahaja. Kadangkala susunan Allah itu sangat cantik dalam menyusun plot dunia.

Seolah, kita sering bertanya apa berlaku seterusnya?

Kerana kemenangan ini mengajar kita bahawa segala kemungkinan boleh berlaku. Kita tidak tahu selepas ini kita tewas atau menang.

Dan yang paling penting, tetaplah terus berusaha dan biarkan plot ini disusun Allah.

Tahniah buat mereka yang mendoakan, menyumbang, berpeluh flashmob, share dan semnagat untuk mereka di Gaza.!




Comments

Popular Posts