IKLAN MERDEKA




Jarang saya membuat dua post dalama masa sehari.

Ianya berkaitan dengan merdeka dan dua iklan Merdeka daripada dua carrier telefon terbesar di Malaysia iaitu Digi dan Maxis.

Menariknya, kedua-dua mempunyai persamaan dari sudut penyampaian iaitu, kedua-duanya ingin menggambarkan rakyat Malaysia sebagai sebuah keluarga yang besar. Rakyat Malaysia yang digambarkan kedua-dua iklan memanggil Malaysian yang lain dengan panggilan kerabat walaupun mereka adalah orang asing seperti "Macha, anne, sayang, abang, boss, adik dan lain-lain" panggilan kerabat

Keharmonian ini harus dijaga malah inilah keistimewaan kita sebagai rakyat Malaysia. kita Malaysian memang 'buta warna' .

Ya. Kita adalah Malaysian, itu mesej gabungan antara dua iklan ini.

Namun, ketika semua orang mencanangkan isu ini khususnya bersempena Kemerdekaan ke-57, ISMA melawan arus dengan mencanangkan isu lain iaitu Wala' Bara' .

Kedua-dua ini pasti ada titik tengah dalam fahaman ini.

ISMA bukanlah bermusuh dengan orang kafir jika hanya kami Bara' pada mereka. Bukan juga kawan rapat yang kita meletakkan sepenuh kepercayaan pada mereka.

Membawa mesej iklan tersebut tanpa bara pada mereka, tanpa kita mengenang kembali sejarah Kafir dan muslim, tanpa kita membuka surah al-Anfal maka itu adalah hubungan yang bahaya. Lagi bahaya jika bergabung hingga melupakan asal-usul malah berlemah lembut dengan mereka tentang isu Agama, status quo, raja, melayu, bahasa melayu(perkara 153)

Adapun, bermusuh dan bermasam muka dengan mereka juga tidak boleh. sangatlah tidak kena dengan susana masyarakat majmu' yang istimewa ini.

Hati-hati!




Comments

Popular Posts