Allah Akan Beri Lebih Baik


Ada 'good' dalam goodbuy


Alhamdullilah, sempat juga merasa perkara paling rumit dalam dunia. Memang ada benda Allah uji dengan ujian fizikal, ujian perasaan, ujian cabaran, dan banyak sekali dengan ujian yang memang tidak masuk akal.

Saya sendiri tidak beberapa gemar dengan cabaran yang mudah dan secara logiknya saya boleh atasi namun dalaman saya kalah dan tidak sanggup menerimanya.

Ujian Allah, kita kena terima dalam-dalam. Semat erat-erat. Tidak semua benda so called happy ending . 

Kerana Tuhan jika mahu beri pada hambanya, memang dia beri paling hebat. Yang terbaik. Hikmahnya bukan esok lusa. Tetapi 20 tahun kemudian.

Azamnya, saya yakin bahwa Allah tidak pernah mengambil sesuatu dari kita, kecuali Dia menggantikan dengan yang lebih baik. Tidak sini, sana. 

Syukur Allah beri peluang bertemu pengalaman ini. Peluang bermain perasaan dan peluang makan dalam. Peluang kembali rasional, peluang mengawal perasaan dan banyak lagi. 



Moga kau berbahagia hingga akhirnya dan selamanya :)





Comments

Popular Posts