Protes Brazil yang pelik?






Apabila protes ala-ala Vandetta mula meluas dan menjadi popular, maka bermulalah siri demonstrasi jalanan besar di seluruh negara. Mereka beriman dengan satu quote terkenal di dalam novel V for Vandetta karangan Alan Moore iaitu :


“People shouldn't be afraid of their government. Governments should be afraid of their people.”

maka bertebaranlah manusia berdemo dan hancurlah satu persatu kuasa negara di tangan rakyat.



Brazil Spring

Antara yang hangat dan masih berterusan (hingga artikel ini ditulis) adalah protes di Brazil yang bermula sekitar Jun. Protes yang berlansung ketika piala konfederasi sedang diadakan. Maka meriahlah Brazil dengan protes jalanan yang besar dan penyokong luar yang datang untuk menyokong negara mereka.

Tujuan mereka keluar ke jalanan adalah untuk meluahkan rasa tidak puas hati kepada kerajaan yang masih boleh menganjurkan piala konfederasi tahun ini, piala dunia FIFA tahun depan dan pada 2016 pula akan diadakan Sukan Olympic dalam keadaan rakyat melarat

Namanya juga diinspirasi oleh Vandetta , iaitu V for Vinegar Movement

Namun yang menarik perhatian saya adalah reaksi sesetengah protestor selepas kemenangan 3-0 Brazil ke atas Sepanyol, dan untuk pengetahuan anda, kemenangan ini adalah kemenangan yang besar buat Brazil.

Kemangan besar kerana, mereka menang 5 dari 5 perlawanan, mengalahkan kuasa besar Sepanyol, kebangkitan Neymar, isu scolari dan paling penting menunjukkan kembalinya Brazil ke pentas dunia.

Dan untuk pengetahuan anda, ketika artikel ini ditulis Brazil menduduki tangga ke-22 dibawah Ghana, Ivory coast dan malah Bosnia!

menariknya di sini, saya quote-kan kembali kata-kata seorang rakyat brazil ketika ditemu ramah Al-Jazeera selepas kemenangan ke atas Sepanyol,

"Saya setuju dengan kemaraan rakyat dan saya sangat marah dengan kerajaan yang menaikkan harga pengangkutan awam dan kenaikan harga barang, namun masih gembira dengan kemenangan ke atas Sepanyol dan sepatutnya kita meraikan orang yang datang ke sini untuk melihat perlawanan.."

Memang, ini adalah quote minoriti daripada seorang rakyat Brazil namun temubual ini diambil sejurus selepas dia keluar dari stadium dengan perasaan yang sangat gembira bersama anaknya.

Malah, jika kita lihat di stadium semasa perlwanan akhir, makan penuh sekali penyokong Brazil datang memeriahkan, dan menimbulkan tanda tanya kepada saya ;

Mereka ini sokong atau tidak demonstrasi ini? bagaimana stadium boleh penuh? siapa yang sokong dan siapa yang bantah?

logikkah mereka membantah dan dalam masa yang sama mereka menyokong? 


Jadi? 

Saya sekali lagi akan nomborkan :

1) Ramai rakyat yang tak jelas dengan protest ini. Tidak sepatutnya rakyat pergi menyokong sekali perlawanan bola sekalipun final menentang Sepanyol. Ini lawak dan juga pelik.

2) Demonstrasi dan turun jalanan bukanlah sebuah benda kecil dan main-main. Bukanlah harini pergi bantah, dan esok tengok bola. Kesannya besar.

3) Protes ini jelas menujukkan bahawa mereka terikut-ikut dengan trend demonstrasi semasa. Stadium yang penuh adalah tandanya.

3) Demonstrasi bukanlah cara islam. Perbincangan lanjut akan diadakan insyaallah.



Comments

Popular Posts