JALINAN'13



Syukur kerana berkesempatan menyertai JALINAN'13 di Kolej Pendeta Za'ba, UKM. Syukur juga kerana berpeluang belajar beberapa perkara penting, antaranya seperti berikut :

1) Perkembangan dakwah (khususnya  ISMA) di serata dunia.

2) Keluar dari puak-puak ustaz Mesir.

3) Mengetahui jerih payah tarbiyyah dan dakwah di tempat lain. Contohnya jika anda berada di US, perjalanan bertemu ikhwah lain.

4) 'Istilah baru' seperti katibah online

5) Betapa kecil dan lemahnya kita dalam dakwah ini. Ramai lagi ikhwah yang lebih hebat fikrah dan amalnya

6) Ikhwah luar negara adalah prospek besar kepada negara. Dari segi pembangunan dan dakwah sendiri. Jadi sebagai prospek besar, persediaan lengkap mesti dilakukan

7) Pastinya mengeratkan ukhuwwah.

8) Setiap orang ada tanggungjawab dalam dakwah. Jika ikhwah di eropah mempunyai kemahiran berbahasa inggeris dengan baik, maka tugas mereka melawan pihak libral yang sentiasa kritikal melawan islam. Sama juga jika anda seorang ustaz, maka lawan anda juga adalah ustaz-ustaz.

9) Bersyukur dengan tarbiyyah Mesir yang serba serbi baik berbanding yang lain.

10) Cemburu dengan tarbiyyah dzatiyyah ikhwah lain yang berjauhan dari ikhwah.


Jumpa lain kali lah! :)


Comments

Popular Posts