Pembaca Al-Quran Tahap Rendah


tu. ramai yang qiam. 


Antara perkara yang sangat menggembirakan saya ketika pulang ini, adalah peningkatan kuantiti golongan baik-baik di Malaysia. Memang kelihatan jelas penambahan bilangan yang berada di masjid. Golongan muda juga ramai membuat halaqah selepas usai tarawih. Semakin ramai yang berdamping dengan al-Quran. Jujur, terasa kemeriahan Ramadan ketika di masjid-masjid.

Tahniah buat rakyat Malaysia dan tahniah juga buat pendakwah yang berusaha keras hari-hari itu.

Namun, ya ada namun...

Kita masih lagi di takuk lama, di takuk pembaca al-Quran tahap rendah. Dan semestinya memerlukan perubahan 'next level'

Kita boleh membaca berjuzu'-juzu dan khatam berkali-kali namun tidak pernah sekalipun menangis ketika bertemu dengan ayat azab.

Kita juga mampu bertaranum ranum, sedap sekali, namun tidaklah boleh mengambil pengajaran dari ayat yang jelas terdapat pengajarannya.

Yang kita tahu hanya membaca dan membaca, berhari-hari dan berjuzu'-juzu' namun semuanya tinggal pembacaan. Membaca berhari-hari namun tiada perubahan pada diri.  Tidak pernah menangis. 25 tahun membaca al-Quran, begitu juga kita ini.

Saya masih memuji anda yang membaca al-Quran, Memang, bukan mudah menyusun masa membaca al-Quran sebanyak itu, namun kita perlu berubah, perlu menjadi pembaca al-Quran tahap tinggi.

Tahap yang tinggi yang apakah? seperti apa? 

Tahap tinggi yang seperti sahabat. Pengsan ketika bertemu ayat azab. Mengetuk kepala di dinding ketika mendengar surah al-Qari'ah. Menangis dan menghayati bacaan mereka dengan sebenar-benar penghayatan. Tadabur mereka sangat tinggi. Dan itulah pembaca al-Quran tahap tinggi!


Bila lagi jika bukan pada bulan ini bukan? hehe *wink*







Comments

Popular Posts