Terkawan

berbeku! 

Benda terbaik yang diberi Tuhan kepada saya selain islam dan kefahaman adalah kawan-kawan yang baik sebegini.

Masih menggunakan konsep yang sama iaitu, assabiyah yang baik. perkumpulan yang baik untuk perkara yang baik. Tak salah asalkan tidak melampau dan perlu dipastikan untuk tujuan yang baik. Saya suka sebuah kata-kata yang hebat :

"If you want to walk faster, walk alone . If you want to walk further, walk together" 

Dalam merangka hidup yang jauh matlamatnya. lagi, yang berat pikulnya, kawan-kawan adalah satu aset penting. Introvert atau extrovert kedua-duanya perlukan kawan yang bersama-sama menyokong. kerana dialah yang paling dekat, dia yang paling faham dan dialah yang paling kenal dalam dunia realiti.

Kawan di Mesir ada fungsinya. Dan kawan di Malaysia dan lain-lain juga ada fungsi yang tersendiri.

Kerana jauhnya jalan itu, Allah memberi Abu Bakar R.A kepada Nabi Muhammad. Manis :)









Comments

  1. hadratak, di blog taniah bita'tak? leyh itneyn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bus, blog di liaktub an maudu gaira muhimmah laken, fi ibarah dan istifadah minhu. syuaiwah mislu mufakkirat au kitabah yaumiyat keda.

      syukran ya ismael! :)

      Delete

Post a Comment

Jemput kritik!

Popular Posts