30 Jun di Mesir


Susana penyokong Morsi (tajarrud) di Masjid Rab'ah.


Ada beberapa perkara penting yang saya ingin nomborkan :

1) Kekuatan pemuda dan saf Ikhwan Muslimin yang mempertaruhkan nyawa mereka untuk mempertahankan Presiden mereka. Sesiapa (khususnya kita) yang mengikuti manhaj ikhwan sepatutnya perlu mengambil contoh dari syabab ikhwan ini.

2) Perlu diingat sentiasa, pertembungan ini adalah satu lawan semua, maksudnya Islam berlawan dengan lain. Tamarrud bukanlah pendokong negara, demokrasi atau rakyat Mesir. Niat asal mereka hanyalah menolak islam. Itu sahaja

3) Secara umumnya boleh dilihat, rakyat Mesir adalah rakyat yang tidak bijak dan masih tidak bersedia membawa perubahan. Kebanyakan mereka tidak mempunyai alasan yang kukuh kenapa mereka menolah Mursi. Malah Mereka tidak mempunyai pengganti untuk menggantikan mursi

4) Seperti biasa, media bejaya memanipulasikan kebodohan rakyat mesir. Kadang-kadang sangat kecewa dengan rakyat Mesir yang terlalu senang dimainkan media.

5) Ketika artikel ini ditulis, tiada lagi berita melaporkan kecederaan pelajar Malaysia di sini. Jangan bimbang, keadaan masih selamat dan kami masih menjalani kehidupan seperti biasa

6) Bukan mengagungkan Mesir. Cumanya Mesir adalah ibu kepada negara arab dan islam. Jatuhnya Mesir, jatuhlah arab dan islam seluruhnya.


*teruskan berdoa .






Comments

Popular Posts