Pulang ke gagang?

Renung jauh dan tajam. Itulah muslim 


"hari terakhir rehat sebelum memasuki fasa kedua 2013. — feeling determined." 


Satu status yang berlagak (baca : poyo) sehari sebelum kertas terakhir peperiksaan kuliah Syariah Islamiyyah tahun satu. Memang benar. Bagi saya, musim peperiksaan adalah waktu rehat yang sangat panjang buat saya. 2 bulan tiada program, tiada usrah dan tiada post. Semua tertumpu pada buku, nota dan pen.

Maka kepala semakin lembap otak kurang cergas dan badan semakin malas. "Dibantu" pula dengan sistem Azhar yang sebegitu rupa, jadilah kami sebegini.

Jadi, status di atas bukanlah status poyo yang diakhiri dengan "feeling determined" . bukan. Ianya adalah status fakta. waktu rehat dengan buku sudah tamat. Harus kembali mengetuk keyboard. Merancang projek dan jumpa orang sana sini.

sebulan sebelum ramadan. sebulan ketika ramadan. dan beberapa bulan lagi sebelum berjumpa kelas dan Kembali exam akhir Disember.

Yang tumpul harus ditajam-tajamkan. Yang tajam perlu dikilat-kilatkan. Yang tiada wajib ditanamkan.

Jangan lupa kau sudah tahun dua nak masuk tiga!


Comments

Popular Posts