Talent or Training


Membuat love adalah bakat atau tidak?

Selamat menolah cinta yang karut yang pada bulan ini! <3 


Bakat menjadi isu saya dalam akhir-akhir ini.

Kadangkala saya selalu bertanya, adakah ini untuk orang yang berbakat sahaja? di manakah letaknya minat dalam sesuatu perkara? apakah ini sebenarnya bakat saya? bagaimana pula dengan mereka yang tidak berbakat.

Kerap saya bertanya soalan-soalan ini. Saya ambil satu contoh dari mana boleh timbul isu ini.

Minggu lepas saya mengikuti satu mukhayyam(kem) yang tajuk besarnya adalah 'Dakwah Fardiyyah'. Seperti biasa, apabila membicarakan tentang dakwah fardiyyah, kami diajar peringkat-peringkat dalam dakwah ini, cara memilih, teknik untuk berinteraksi dan sebagainya.

Jadi, timbul isu.

Bolehkah orang yang tidak tahu teknik interaksi tidak boleh berdakwah dengan cara ini? bagaimana pula dengan orang yang tidak tahu memikat hati orang lain dalam perbualan mereka? dan tidak semua orang tahu teknik untuk contol (kuasai) perbincangan dan mengubah topik biasa kepada topik fokus kita.

Maka, saya membuat kesimpulan bahawa dakwah fardiyyah adalah dakwah yang boleh dilakukan oleh orang yang tertentu sahaja. Bukan semua orang. Malah, tidak digalakkan bagi mereka yang introvert atau kurang mahir dalam selok belok berinteraksi. Berilah kerja ini kepada mereka yang meriah dan mampu bersembang hingga esok pagi.

Baik, ini adalah sekadar contoh. Contoh yang ternyata salah.

Saya juga ada kawan-kawan yang selalu berkata sebegini :

"untunglah pal. Bakat kau banyak. boleh menyanyi, boleh menulis.."

Bukan memuji diri, tetapi banding mereka, jujurnya mereka masih lagi mencari bakat mereka. Di sukankah, di komputerkah, pengurusankah, atau mungkin di medan perniagaan.

Kerana kami memandang isu bakat adalah sebuah isu yang besar. Ianya bukanlah isu main-main yang jika ada, kau beruntung dan jika tiada, tidak mengapa. Ianya adalah sebuah isu yang besar kerana bagi kami bakat adalah element penting dalam impian kami membantu islam. Bakat membantu kami untuk fokus dalam bidang yang kami rasakan 'paling bakat' untuk fokus dan tidak buang masa dengan benda lain. Bukan setakat gaji dan kerja sahaja.

Untuk pengetahuan, istilah 'kami' adalah para penyeru kebaikan. Kami juga mungkin anda.


TRAIN YOUR TALENT


Terkini, saya merasakan menulis adalah bidang yang saya rasa paling jauh yang saya boleh pergi dalam membantu agama ini. Paling kurang, ia adalah bidang yang saya paling ingin untuk pergi jauh. Cuma kadang-kadang apabila menaip, tidaklah saya merasakan saya berbakat dalam bidang ini. Banyak ayat yang berterabur, jalan cerita klise  dan membosankan, terlalu tipikal dan mengambil masa yang lama.

Selalu rasa lemah semangat dan selalu juga putus asa.

Namun, melatih diri itu juga penting. Orang berbakat memang akan menang, namun yang berlatih pasti akan memenangi mereka yang berbakat. Anda boleh menyanyi, anda menyanyi. Berlatih hingga mencapai 'kesempurnaan nyanyian. letakkan par dengan mereka yang sudah berjaya.

Malah, orang yang berusaha ini pahala mereka lebih banyak. kerana yang dinilai bukan hasil, usahanya yang dinilai Tuhan.

Tekanlah sedikit. Tidak rugi pun. Saya ada beberapa orang kawan yang dari dulu usaha, walau pun hasil tidak seberapa namun jelas, tidak rugi apa-apa pun. Malah kagum sungguh dengan mereka.


BUKAN ISU 


Akhirnya, bakat atau tidak itu bukan isunya. Isunya perlu atau tidak. Bakat hanya membantu dan tidak lebih dari itu. Rasa ingin dan perlu itu yang menolak kita. Buang masa berfikir kenapa dia ada bakat itu, kenapa aku tiada. anda adalah diri anda.

Jika anda rasa perlu untuk terjun dalam satu bidang itu kerena umat perlukan anda... Nah! apa lagi, terjunlah!

--------------------------------------

NOTA :

Isu fokus dalam bakat dalam amal islami disebut oleh Ahmad Ar-Rasyid dalam Muntolaq. Istilah 'ulama' yang diterjemah adalah alim(tahu) akan sesuatu perkara yang orang lain jahil akannya. Fardhu kifayah adalah pada semua orang kerana semua mempunyai bakat yang berbeza dan wajib untuk saling membantu. Jika tiada orang melakukan apa yang anda boleh lakukan dan anda tidak lakukanya, maka anda berdosa.




Comments

Popular Posts