Ilmu itu amal - Pesta Buku




Tahun ini saya berjaya menapak ke pesta buku Mesir sebanyak dua kali. Bersama niat asal hanya ingin membeli buku yang ingin dibaca, saya telah menghabiskan lebih 500le pada dua hari ini.

Masih mengekalkan ciri yang sama semasa saya menjejakkan kaki ke sana pada kali pertama, dan hampir semua kedai berada dalam keadaan yang sama seperti tahun lepas. Saya tidak tahu bentuk yang bagaimana pada dua tahun lepas oleh sebab saya baru sahaja datang ke Mesir pada tahun lepas.

Namun, keadaan dan situasi masih kekal sama. pengunjung yang ramai dan berbilang warna, pelbagai bahasa didengar, arab yang sibuk untuk membawa barang kita, kesusahan pembeli kitab berbelas jilid mengangkat buku tersebut, dan tidak lupa anak-anak kecil merengek meminta buku dari ibu ayah mereka.

Semua meriah denga fokus utama membeli buku.

Ada yang membeli buku yang cantik dengan harga yang lebih mahal dengan alasan kepuasan.

Ada yang membeil buku yang kurang cantik dan versi yang lama kerana kekurangan duit.

Namun hampir semua yang ada di situ memegang beg plastik dipenuhi buku-buku.


MALAYSIA DAN BUKU


Mungkin dalam beberapa sudut, banyak persamaan denga pesta buku di Malaysia. Boleh kata, Pesta buku di Malaysi lebih sesak. Kecoh sana sini dengan budak berbaju sekolah membeli buku. Tetapi, yang dipenuhi hanyalah kedai buku bernilai rendah. Banyak yang terjual adalah komik dan novel cinta yang tidak menambah apa-apa erti jika membacanya.

Berbeza di sini, buku adalah satu keperluan. Memang ramai yang sanggup mengikat perut untuk membeli buku yang berharga ribuan harganya. Sanggup juga menahan membeli telefon yang canggih semata-mata untuk melengkapkan ilmu mereka.

Di Malaysia, buku yang berharga RM50 tentu sekali diketepikan dan diletakkan kembali. Sangat ketara bezanya.


ILMU ITU AMAL 

Saya belajar sesuatu ketika menunggu kawan saya yang seorang ini membeli kitab. Lamanya seperti menunggu kakak saya shopping (keh keh). Kawan saya mesti sedang berfikir panjang apatah lagi jika bakal mengeluarkan lebih 700le untuk satu buku.

Sedang menunggu, saya terpana pada sebuah kumpulan anak muda yang penuh beg plastik mereka dengan buku. Menariknya di tangan mereka ada rokok!

Istghfar panjang saya. Ilmu mereka atas dasar apa? mereka membeli buku itu apa sebabnya?

Tanpa membuat kesimpulan awal, saya hanya fikir panjang tentang situasi tersebut. Apakah nilai ukuran ilmu itu adalah pada buku dan ilmu? atau pada kefahaman dan amal kita dengan ilmu yang kita ada?


"ilmu tanpa amal seperti pokok tak berbuah"


Moga Pokok yang saya tanam ini berbuahlah hendaknya.







Comments

  1. Saya sebenarnya tidak sabar mahu pulang ke Malaysia tahun ini bagi meraikan diri ini yang sudah rindu kepada buku-buku terbitan Asia Malaysia.

    Bukan kerana tidak seronok membeli dan membaca buku berbahasa arab, tetapi otak kita mesti diraikan dengan buku bahasa melayu.

    Sebagai pelajar yang belajar ilmu agama dengan lebih mendalam, seharusnya kita mendalami penulisan bahasa melayu.

    Ia memudahkan kita menulis buku yang akan kita terbit menggunakan bahasa melayu yang betul dan memudahkan pembaca faham.

    Tidak kisah apa sahaja genre penulisan kita, walaupun kita sudah bergelar orang melayu, tetapi tidak bermakna kita sudah pakar bahasa.

    Sekadar perkongsian dari diri yang sangat kurang ilmu bahasa.

    Senyum selalu ya.

    ReplyDelete
  2. oh. pulang nanti beritahu ya. mahu kirim buku juga.!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh!! Nawfal jika saya rajin beritahu kamu. hehe ..

      Delete

Post a Comment

Jemput kritik!

Popular Posts