Risensi - Bagaimana Anyss Naik Ke Langit, Faizal Tehrani




Siapa sangka Faizal Tehrani (FT) tidak memasukkan unsur syiah dan kepelikan fahaman beliau dalam human rights. Ya, ini juga mengenai human rights tetapi bukan yang mengarut. Orang peribumi di sarawak harus diperjuangkan, sama seperti Palestin. Tidak perlu dibandingkan.

Seperti biasa, FT bukan seorang penulis yang boleh dikaji plotnya. Tiada twist. Jika dibuang fakta pembalakan, ini seperti cerpen panjang. satu protagonis dan dua antagonis sahaja yang ada. Rasanya semua orang mampu meneka Prof Anyss akan 'ke langit' di hujung cerita (memang sudah tertulis dia sudah mati di baris-baris pertama novel ini)

Namun dia fokus, berfakta, sekali lagi tampil dengan imej bahasa yang mudah dan sukar digugat. Ia harus dipuji kerana jarang novel dewasa ini yang mengangkat isu semasa dan penindasan seperti ini. Jika orang yang malas membaca fakta membaca buku ini, pasti akan timbul rasa geram dengan pembalak sekalipun ini novel fiksyen. 

Fiksyen harus kembali seperti ini. Ada isi. 

Cuma plotnya, sikit lagi lah kasi tambah. Haha

Nota: 2017 baru baca sebab obersi.

Comments

Popular Posts