RISENSI - A Thousand Splendid Suns by Khaled Hosseini

Risensi - A thousand Splendid Suns (Khaled Khosseini)



1. Buku ini secara tak sengaja saya ambil dan baca. Sebenarnya disebabkan hutang yang terlalu lama untuk baca jadi saya ambil keputusan untuk terus membacanya. Saya sebelum ini tidak menghabiskan bacaan kerana saya zon yang buku ini tidak sebagus kite runner. Adapun jangkaan saya meleset


2. ATSS dan Kite runner. mana lagi bagus? jawapan ini sukar kerana bagi saya buku ini tidak banyak beza dari sudut latar dan kesan perasaan antara dua. Kedua-dua berlatarkan afghan dan berkait tentang opresi taliban. Namun mudahnya boleh disimpul, KR menang dari sudut perasaan manakala ATSS menang dari sudut penceritaan. Adapun mengikut masing-masing juga. bagi yang meminati first person POV, kite runner lebih baik. bagi peminat third person POV, ATSS lebih baik.

Namun ketika membaca komen, saya boleh kata yang novel ini tidak disukai kerana ia dibandingkan dengan KR. Dan bagi mereka yang pakar novel maksudnya mereka yang memandang dari sudut pembinaan novel, novel ini banyak kesilapan. Yang pakar kritik begitu. Dan yang suka adalah mereka yang berperasaan, dan ditangkap perasaan ketika membaca ATSS.

Bagi saya, ATSS lebih baik dari sudut penceritaan, seperti di atas.


3. Ini poin penting saya dalam novel ini. iaitu bagaimana dimasukkan unsur liberal-nya, dan menampakkan islam itu salah dari semua sudut. Mungkin jika pembaca membaca di saat ini, saat islamofobia sudah jatuh, saya tidak begitu risau. namun jika pembaca membaca ketika 2007, ketika novel ini diterbitkan maka, anda akan menyokong semua tema yang ada dan mungkin anda akan memekik, "ISLAM KEJAM!"

lebih kurang begitulah.

seperti, perlakuan zina antara laila dan toriq. hasil dari penzinaan ini, baik-baik sahaja seolah tiada salahnya hubungan zina antara laila dan toriq. Anak yang comel, toriq yang menjadi hero di akhir, toriq yang sentiasa berjuang, toriq yang membantu sekolah anak yatim dan kehidupan yang sangat happy ever after.

juga dalam isu penindasan wanita. Semua, dari burqa, hak pendidikan, kahwin awal.. semuanya diceritakan dari sudut 100% negatif. sedangkan tak semua seratus peratus salah. Malah ada diceritakan juga tentang 'akhirnya wayang kembali dibuka' seolah islam adalah jahat bukannya Taliban


4. APA YANG SAYA SUKA

-Saya suka POV yang banyak. itu memang susah nak buat, series. kemahiran novelis yang tinggi dari Hosseini.

-Watak Mariam yang dahsyat. Kalau anda menangis, maka Mariam adalah sebabnya. kehidupan yang sadis dari mula hingga akhir, tahamul yang dahsyat, patuh, dan pengorbanan yang tinggi diakhiri dengan kematian yang cukup matang dan masak perjalananya adalah sebab utama novel ini meletup. Ramai yang kata watak ini flat kerana ianya tidak berubah. mungkin, atau tipikalnya setiap inci sudutnya melarat dan tidak pernah mengecap kebahagiaan adalah mustahil. Namun bagi mereka-orang-biasa, Mariam adalah watak yang win. dan itu sudah cukup.

-Cara memperkenalkan Laila. Dalam banyak cara dia boleh perkenalkan, laila diperkenalkan dengan cara bahawa dia adalah anak seorang jiran sebelah. Tiba-tiba jadi watak utama pulak.

-Latar memang harus dipuji walau kadang nampak macam copy and paste. Macam Kite Runner, anda boleh bayang latar walau anda dah lama tak baca kite runner tapi masih lagi mampu membuatkan pembaca terbayang-bayang akan Herat, Kolba, kabul, sekolah anak yatim dan lain-lain.


5. KESIMPULAN

-Novel yang baik sekali lagi adalah novel yang menyentuh perasaan dengan sangat baik dan ianya menyntuh juga konflik kemanusiaan dengan sangat deep.





Comments

Popular Posts