Risensi : Perahu Kertas



1.        Aku menyangka kuasa perahu kertas pada maudy ayunda atau lagunya yang sangat puitis. Aku sangka itu sebab paling utama novel atau cerita ini sangat laris. Itu sebelum aku membaca novel ini, perahu kertas

2.        Perahu kertas adalah sebuah novel yang bertemakan cinta dan cita-cinta. Aku bukan seorang peminat novel roman sebenarnya. Namun novel ini aku pilih untuk dibaca keraka popularnya. Sememangnya aku sedang mengkaji novel-novel popular.

3.        Ini juga kali pertama aku menghabiskan sebuah buku 400 mukasurat di telefon(xperia z2) . Alhamdulillah, mungkin kerana ini novel jadi tidaklah begitu berat.

4.        Novel ini, sejujurnya sangat baik dan hebat. Aku tahu ramai menyukai cerita ini kerana kisah cinta yang menyayat hati dan perasaan. Orang biasa pasti menangis mengenangkan kisah cinta kugy-keenan. Malah disampaikan dengan penuh suspen hingga 10 mukasurat akhir barulah peleraian yang happy ending. (aku tak beberapa setuju dengan ending yang happy. Lebih epic kiranya dibiarkan sadis, dibiar berpisah sahaja kugy dan keenan

5.        Apa yang bagusnya?
Karakter berkembang baik dan round. Penceritaan yang tersusun dan kemas. Tema cita-cita (disamping cinta) juga bagus. Kisah anak-anak pilik juga nilai tambah yang juara, dialog yang tidak kaku dan tema yang dikait semua, dari cinta, cita-cita dan persahabatan diikat dan dikait dengan begitu kemas sekali

6.        Pada mulanya cerita ini biasa. Namun bagus dalam membina base cerita dengan baik. Watak utama diperkenal sehingga aku percaya ramai yangsudah mula menaruh hati pada kugy dan keenan(bukan pada hubungan tetapi pada watak). Dua-dua aneh, dua-dua ada cita-cita yang kuat dan dua-dua mempunyai personality watak utama yang sangat mengesani. Mereka berubah, sukar dijangka dan melalui tempoh sukar dengan melawan.

Dua ratus muka surat pertama, kisah cinta dibina, kisah persahabatan noni-kugy dibiar cantik dan cita-cita mereka berdua seolah-olah paling kurang buat masa ini masih realiti, sebelum penulis meltekkan satu element yang mengubah jalan novel ini.

7.        Kajian PLOT : Bagi pandangan saya, novel ini digerakkan dengan beberapa babak yang mengubah jalan novel ini. Ini antara perkara yang paling saya belajar dalam novel ini. Antaranya begini:
-          Watak wanda : watak wanda adalah permulaan konflik bagi cinta kugy-keenan, juga persahabtan noni-kugy, cita-cita keenan serta hubungan keenan-ayahnya. Nampak mudah sahaja watak wanda muncul, terus mengubah jalan novel ini berlansung. Daripada pengenalan, letak sahaj watak wanda, terus novel ini menjadi penuh debaran.

(dalam masa yang sama geng palit rupanya bukan sahaja tempat kugy berseni, rupanya menjadi faktor clash dengan ojos)

-          Pesta noni : pesta ini adalah gelombang kedua selepas wanda. Wanda juga terlibat secara lansung. Jalan cerita berada dalam knflik yang biasa sebelum datangnya pesta, semua konflik tadi naik satu tingkat. Selepas pesta ini
persahabatan noni-kugy retak 3 tahun, keenan-ayahnya tidak jumpa sehingga 8 tahun, keenan ambil keputsan ke bali dan memberi kesan pada cintanya pada kugy. Ini wave kedua dan menajalankan cerita ke konflik yang lebih rumit.
Malah selepas ini seolah part 2 bagi novel ini. Kugy bertemu remi dan mendapat kerja baharu, keenan di bali dengan luhdenya

-          Pesta rakan di Bali : serupa seperti pesta noni. Dee mengumpulkan konflik cinta untuk diletupkan disini. Cuma bagi aku bukanlah dengan gaya yang biasa. Aku tak sangka kugy akan bersembang dengan luhdy, aku juga tak sangka keenan tdak bertemu kugy di bali
(sebelum itu, tentu sekali yang paling gila adalah pembeli pertama itu adalah remi)

Dan seterusnya menjadi sangat rumit dan berdebar di akhir novel. Bagaimana remi memperkenal keenan dengan begitu sahaja, saat dia melamar kugy, saat keenan tahu remi itu siapa di kedai kopi bersama noni dan hinggalah mereka tekad berjumpa kembali.


Walaupun cinta bukanlah kemahiranku, namun cerita cinta sangatlah masak dengan segala jenis kemustahilan. Kedua-duanya mahu lari ke arah kutub yang lain yang tanpa disedari pulang ke kutub yang sama.

8. Nilai tambah novel ini.
- Diari yang dimiliki, perahu kertas, radar neptunus, adalah nilai tambah yang baik buat novel ini yang bukan sahaja memberi nilai perasaan, namun efek juga pada plot.

- seni. Novel ini kaitannya dengan seni sangat rapat.

- impian. Kalau diberi pilihan, aku akan memilih tema utama novel ini adalah cita-cita dan impian dan menyalutnya adalah cinta(tentu sekali salah kerana pengakhiran adalah cinta bukan impian). Di samping kisahnya, ia memotivasi pembaca agar menjadi diri sendiri, mengejar impian dan serius dalam hidup.

9. Maka kesimpulannya, novel ini dari kebanyakan sudut, adalah novel yang baik. Plot dan karakter nya baik, temanya masak dan sampai. Emosi juga sampai, serta mampu memberi motivasi pada pembaca. Dee adalah penulis yang sangat briliant, saya mengaku untuk part ini.

*dewa neptunus adalah syirik. Jangan sebut dewa lautku atau percaya akan kuasa perahu lertas atau radar neptunus. Semua ini syirik. 

Comments

Popular Posts