Tanah ini tanah mahal


Semua negara mahal. 
Tanah ini adalah tanah yang mahal.

Saya menulis ini ketika ramai kawan saya yang terbang ke Turki. Ini adalah trip pertama di bawah ISMA Mesir ke Turki. Jadi tahniah buat kawan-kawan saya yang selamat sampai ke Turki. Saya sejujurnya mahu pergi tetapi apa kan daya, ada hal yang mesti diurus awal.

saya yakin mereka bukan kerana nilai popnya seperti masjid biru atau bermain salji di Pamukkale. Saya percaya mereka pergi untuk melihat sejarah turki yang menjadi antara tempat-tempat berlakunya plot sejarah islam dan dunia. Siapa tidak mahu pergi ke negara yang dahulunya kita pernah memerintah selama 700 tahun?

Maka turki menjadi mahal kerana sejarahnya. Mungkin setiap langkah kawan saya di sana, ada cerita sejarahnya.

Namun mahal sebuah tempat itu dinilai mengikut kita sedar atau tidak. Seagung mana sejarah di sesebuah tempat, jika kita sendiri tidak nampak maka tempat itu akan menjadi tempat biasa juga.

Mesir contohnya. Saya sendiri mengalami situasi ramainya pelajar Malaysia di Mesir yang yang tidak sedar tanah Mesir yang mereka pijak sekarang adalah antara tanah yang termahal di dunia. Maka dia tiba di Mesir tetapi hanya hidup biasa, belajar dan mengambil peperiksaan dan malam di rumah sahaja.

Beriya ke Turki namun tidak sedar dia di Mesir seperti seorang yang menaiki kereta Aston Martin, cemburu kepada kawannya yang menaiki Porche.

kedua-dua tanah ini adalah tanah yang mahal.

Selain dua ini tidak mahal?

Ketika saya berkata kepada diri saya, beruntung bagi mereka yang berada di Turki, dan untung juga mereka yang berada di Azhar Mesir, saya sedar satu perkara.

Malaysia juga adalah negara yang tanahnya mahal, semahal Turki dan Mesir. Malaysia juga berjuang daripada penjajah hingga padanya ada bangsa Melayu yang sangat dekat dengan Islam. Jika mereka ada Badiuzzaman Nursi, di Malaysia ada Tok Janggut. Banyak sebenarnya yang kita boleh banggakan dengan Malaysia.

Maka saya kembali kepada titik asal saya, bahawa sebuah tempat itu menjadi mahal kerana kesedaran orang yang memijak negara itu. Semua tanah adalah mahalnya. Semua tanah ada nilai sejarahnya

Mereka yang memandang Malaysia ini kecil samalah seperti orang yang menaiki Audi yang cemburu pada Aston Martin dan Porche.

Kenapa perlu sedar tanah ini mahal?

Dengan sedarnya tanah ini mahal harganya, maka kita akan menjaganya dengan baik dari ancaman luar. Malah, kita akan sentiasa ingat kita perlu menjadi orang yang layak untuk pijak tanah ini.

Layakkah seorang pengemis menaiki Audi? Macam itulah lebih kurangnya.









Comments

Popular Posts