17 Januari 2014




Sekian lama saya tidak menaip. Well, it's been a while. Ada juga saya menulis namun semuanya diletakan dalam folder travelog. Tidah berhajat untuk diiklankan (post) ke khalayak, di facebook atau di twitter. Apa yang saya rasa, apa yang saya nampak dan paling penting, apa yang saya rasa saya mahu simpan. Semuanya saya simpan dalam  folder travelog.

Mungkin yang disimpan adalah sebagai idea untuk ditulis akan datang atau juga ada nilal sentimental padanya. Saya baru tahu saya seorang yang sentimental pada tahun lepas, 2013. Antara yang 2013 mengajar saya. Terima kasih 2013. Terima kasih. 

Jadi, selamat tahun baru kepada anda, juga kepada saya. Saya menyambut tahun baru ketika saya sedang peperiksaan. Jadi tahun tidaklah terasa baru. Seusai habis, barulah saya menyambut tahun baru dengan membuat azam baru. Bagi saya, gah menyambut tahun baru tanpa menjadi diri yang baru tidaklah dinamakan tahun baru. Seperti tahun lama jugalah diri itu.

Peperiksaan berlaku seperti biasa. Alhamdulillah semakin biasa dengan Al-Azhar. Cara belajar dan cara menjawab peperiksaan semakin mudah. Subjek semakin susah namun cara menghadapi terasa lebih mudah. Rasa bagus sekali. Saya tidak mahu cerita panjang tentang peperiksaan. Bagi orang yang sudah lepas daripada alam pelajaran, peperiksaan adalah dot kecil sahaja dalam kehidupan. Jika terlalu tertekan dengan peperiksaan, maka saya rasa anda kalah (baca: looser) kerana kehidupan ini lebih besar dari itu.

Tahun 2014 adalah tahun ketiga saya di Mesir. Saya pernah ditanya (juga kerap bertanya pada diri) adakah puas hati dengan dua tahun di Mesir?

Saya akan kata ya. Namun menyesal adalah jawapan paling tepat.

Tentang jawapan ini juga saya tidak mahu cerita lebih-lebih. Jujur saya katakan, saya mahu kongsi apa yang saya rasa tentang apa yang di Mesir. Juga semestinya tentang apa yang saya sesali di Mesir ini. Entah, mungkin saya jenis yang suka berkongsi. Atau mungkin sebab hasil didikan blog, menjadikan saya begini.

Tapi entah, rasa seperti mahu ceritakan kepada semua perubahan saya. kah kah. Mungkin kerana perasaan ini tidak datang selalu. Biasalah, orang yang tidak pandai berlari, tiba-tiba pandai berlari dan laju pula. Inilah perasaanya.

Masa saya tidak banyak di Mesir, atau lebih tepat kami yang berada di Mesir tidak tahu berapa lama masa yang kami ada di Mesir. Mungkin sebulan atau mungkin setahun. Atau mungkin hingga selesai sarjana muda saya, siapa tahu. Kebarangkalian yang berlaku banyak, kami hanya watak kecil dalam peramainan politik Mesir.

Namun jika cuma kami ada 3 bulan contohnya...

Seram. Saya boleh perikan jika mahu. Hari pasti gelap ketika itu, Mesir yang biasa tidak hujan, turun hujannya. Mesti ramai yang membisik, apa yang terjadi, apa selepas ini? Satu persatu keluar di kepala. oh, kalau lah dulu aku begini. Kalaulah aku begini.

Seperti cerita anti-klimaks. Padan muka kau hero.

Selamat tahun baru.







Comments

Popular Posts