Saya ada hutang besar


Jika anak singa ini tidak diberi peluang, kijanglah juga jadinya


Saya ada hutang dengan beberapa orang.

Mereka yang ketika saya di Mesir, mereka memberikan peluang kepada saya, untuk bekerja dan seterusnya meningkatkan diri. Sebagai seorang yang lemah dan kurang kemahiran, orang seperti saya kerap tidak dipandang. Biasalah, manusia akan memilih yang terbaik. Berbanding saya, bagi melaksanakan tugas, kawan saya yang banyak dipilih.

Iya. Saya jenis yang itu. Yang loser 

Namun tidak bagi sesetengah mereka. Mereka memberi saya peluang walaupun saya tahu, saya bukanlah seseorang yang paling sesuai untuk melaksanakan tugas diberi dengan baik. Jawatan itu, pengerusi majlis itu, pengarah ini dan lain-lain.

Mereka berani mengambil risiko yang mungkin program itu akan hancur. Ada juga program atau tugas yang besar yang kesannya melibatkan orang ramai juga mereka beri kepada saya. Dan begitulah, memang banyak program atau tugas yang telah saya hancurkan. Memang, seingat saya hampir semua tugas yang diberi tidak berjalan dengan baik.

Pernah sekali saya menjadi pengerusi majlis kepada satu majlis besar yang melibatkan pihak kenamaan. Itu juga saya hancurkan.

2 tahun saya di Mesir, banyak mengajar saya untuk menjadi lebih baik. Berbanding dahulu, saya adalah orang lain. Allah sahaja yang tahu betapa terima kasihnya kepada mereka yang memberi peluang kepada saya untuk membuat salah.

Kini hutang perlu dibayar, namun bukan kepada mereka.

Tetapi kepada mereka yang seperti saya. Tidak diberi peluang.





Comments

Popular Posts