Dua Budaya : Santun Melayu Dan Tegas Arab

Satu kesan unik yang saya rasa sendiri terjadi hasil percampuran dua bangsa; bangsa melayu yang baik-baik belaka dan arab (khususnya mesir) yang kasar-kasar.

Dua sifat yang berlawanan. Namun jika ada sinergi yang baik, maka adalah uniknya.

Begini, saya tiba-tiba terpandang dari sudut mana satu yang lebih dekat dengan nabi dan sahabatnya. Bangsa melayu atau arab. Jenis santun melayu atau jenis kasar arab

Jadi timbul keunikan apabila anak melayu datang ke negara arab. Peribadinya yang sopan santun itu dinormalisasikan menjadi lebih kasar secara sengaja atau tidak sengaja. Mungkin dia datang dalam keadaan yang baik dan sopan, namun pulangnya mungkin sudah pandai menengking dan bergaduh.

Tujuannya?

Dalam mendepani agenda asing yang gila, baik dan rahmah sahaja tidak mencukupi. Garang, tegas dan pantang menyerah adalah lebih penting dalam berperang dengan mereka.

Itulah sifat nabi. Karakter sopan dan tegas disesuaikan dalam dakwahnya. Maka untunglah anda wahai pelajar Malaysia di Mesir. Dapat belajar menjadi garang namun masih santun yang tiada dalam diri kebanyakan arab.   :)

Gambar : Makanan bertaraf nasi lemak di Malaysia. Hari-hari mereka makan.

Comments

Popular Posts