Senyumku di Simposium




Ketika berlansungnya Simposium Mendepani Agenda Asing : Melayu Dalam Krisis Kepimpinan tadi, saya sempat senyum dalam hati. Selain daripada gelagat mufti ashabus samahah yang lawak, ada perkara lain yang membuat saya tersenyum.

Tadi, simposium dibahagi kepada dua dialog, bahagian pertama adalah mengenai ancaman konspirasi dan agenda asing. Lima orang pembentang dijemput untuk membentangkan apakah ancaman yang melanda umat melayu muslim.

5 isu besar dan amat menggugat islam dibincangkan iaitu penghapusan etnik melayu, syiah, TPPA, pengamerikaan dan globalisasi, dan juga kristianisasi. Bahaya kerana jika tidak dihalang, maka tidak mustahil jadilah kita seperti indonesia atau nigeria. 10 tahun lagi baru akan nampak kesannya kepada melayu islam.

Selepas itu seperti biasalah FETYA bernyanyi-nyanyi. Seperti yang biasa dicanang mereka, "islamlah yang tertinggi, tiada yang tinggi selain islam"

Majlis bersambung di sesi petang dengan tajuk, Krisis Kepimpinan Melayu : Nasib Melayu di Tangan Siapa? menampilkan empat orang panelis, Ust Abdullah Zaik, Dr Asyraf Wajdi, Ust Bongsu (mufti Sabah), dan Ust Zulkifli (mufti Terengganu)

akhirnya membawa kepada satu kesimpulan yang sama, sepakat membawa berkat. Ada juga dalam ucapan mereka, mereka menyebut tentang Arus Baru . Jelas, semua pihak tidak kira dari golongan intelek, mufti atau ahli politik, semuanya menuju ke arah kesepakatan. Sama seperti yang dilaungkan oleh ISMA selama ini iaitu dalam isu survival umat islam, kita wajib duduk sepakat. 

Jadi apa yang membuat saya tersenyum? :)

Senyum saya kerana dua perkara;

1) Saya bersyukur kerana termasuk dalam kalangan yang berbincang benda besar. Tidak ramai yang sedar isu ini adalah tersangat penting. Dari dahulu kita dijajah, mengapa sekarang masih tidak sedar?

2) Melayu kini tidak lagi janggal. Semua sudah matang dalam berbicara tentang isu survival melayu islam. Berbanding 3 tahun dahulu ketika mula diperkenalkan, 'Melayu Sepakat Islam Berdaulat' tidak diterima dan amat janggal bunyinya. Namun sekarang, isu ini sudak masak. Masyarakat muslim mula sedar kritikalnya masalah melayu muslim.

Marilah kita bersepakat ya!



Comments

Popular Posts