IJTIMA ISMA MESIR 2013


Menggelikan! 


Dalam Mesir yang serba bergolak, sempat kami mengadakan ijtima'(perkumpulan) ISMA Mesir di Nur Laman Bestari Ulu Yam. Walaupun ramai yang tidak hadir, program masih dirasakan meriah. Melunas rindu kata orang.

Namun sedih apabila mengenangkan kemungkinan kami tidak dapat pulang kembali ke Mesir dan menyambung pelajaran di universiti tempatan atau luar negara. Tambahan, ramai yang mengambil keputusan untuk tidak menyambung ke Mesir kerana beberapa kekangan.

Ternyata, untuk orang yang sentimental seperti saya, situasi ini memang amat menyedihkan. Saya tidak bersedia untuk berpisah setelah sekian dua tahun kami bersama.

Akan tetapi, dalam isu bersama, ada perkara yang melegakan saya. Untungnya, kami tidak perlu bersama secara fizikal. Cukuplah dengan berada atas 'jalan itu' kami dikira bersama.

Kerana sebenarnya kami para daie ini berjalan bersama-sama menuju satu tujuan. Memang secara mata kasarnya, seorang di kedah manakala seorang lagi di selangor. Tetapi sebenarnya kami sedang bersama mengikat bahu menuju satu tujuan yang sama

Jadi, bukti kami masih bersama adalah dengan komitednya kami dalam tarbiyyah dan dakwah. Sesiapa yang main-main, tidak bersungguh, culas dan malas, maka dia tidak sekali berjalan atas jalan ini.

وْ أَنفَقْتَ مَا فِي الأَرْضِ جَمِيعاً مَّا أَلَّفَتْ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَـكِنَّ اللّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana. 


Tanda sayang enta pada ana adalah komit dengan tarbiyyah dan dakwah. Kerana itu, barulah dikira bersama!




Comments

Post a Comment

Jemput kritik!

Popular Posts