Reviu : Pekak

PEKAK2.jpg
Pekak lebih mendengar 



Ya. Ini ada reviu cerita pekak!

Ia adalah sebuah cerita kontroversi pada tahun 2016. Banyak pihak memaki cerita ini kerana membuka peluang kepada anak muda untuk belajar kelucahan bandar. Ada seorang meluahkan sendiri apabila di wayang, sekumpulan remaja lelaki tergelak-gelak menonton cerita pekak. Selamba 

Memang, pakaian dara dan melur memang berani dan menjolok mata. Boleh jadi disebabkan watak melur yang terlebih jadi atau adegan seks dan lucah yang dibuka luas dalam cerita ini. Tanpa menafikan, memang tepat tindakan Malaysia mengharamkan pekak di wayang. Pertimbangannya antara manfaat (rakyat Malaysia akan terbuka mata) dan masalah (menambah kuning dalam kepala budak-budak yang tidak matang). Dalam isu pekak, ya masalah harus dipandang serius berbanding manfaat yang ada. Bahaya untuk budak-budak. 

Aku sebenarnya tak rancang untuk menonton pekak. Ada niat tetapi bukan sekarang kerana takut terperangkap dengan 'judge' media sosial. Takut aku tonton dengan tidak adil

Dan biasanya kalau tengok movie, aku tak semangat sangat nak reviu. Cuma ada beberapa perkara yang aku dapat daripada pekak dan aku rasa adil untuk aku kongsikan beberapa yang aku ingat:

1.     Plot. Aku suka 20 minit awal. Memang kemas pengenalan watak uda, dara, latar masyarakat, dan intro konflik. Tema cinta uda-dara tiada lagi ketika ini. Watak uda dipersembahkan dengan babak di rel kereta api, bilik dia yang super introvert, semangat mahu sembuh, throwback ketika kecil di hujan, dan perjumpaan awal dengan dara. Dara, melur dan latar hidup mereka juga baik, Semuanya show don’t tell yang disusun rapi, Aku puji betul 20 minit yang awal ni!

Yang aku tak suka adalah pertengahan cerita pekak tidak seindah di awal. Ketika di pertengahan, cerita menjadi terus dan laju. Kantoi dengan dara dia mengedar dadah laju. Klimaks dara hilang dara juga laju. Semuanya terburu-buru nak tunjuk yang uda yang jual dadah ni salah.

2.     Pekak muncul dengan tema yang ironi. Inter-tema mengedar dadah untuk dapatkan duit untuk selesaikan pekak. Aku suka tema ini sebelum tema cinta muncul. Uda tidak tahu, dadah yang dijual itu punca segalanya. Punca rosaknya cinta dia dan malah di akhir babak rel kereta api, pendengarannya juga tidak sembuh hasil duit haram jual dadah. Dara pula hadir ketika uda diubah tempat jual, dan mendapat pelanggan tetap. Teman wanita pelanggan tetap ini kawan kepada dara. Dari situ muncul cinta uda-dara yang seolahnya uda memahami dara (tapi tak dipersembah dengan baik.)

3.     Masalah yang lain seperti watak Kamil yang tak best sangat serta latar yang sama. Seolah cerita ni di banglo kamil dan flat sahaja. 

4.     Ayah dara tidak patut dipersalahkan dalam hal ini (babak nota di hospital). Dan falsafah dalam nota tu, patut dipertengahkan lagi. 


Dara nak abah dengar Dara, 

Uda yang pekak pun boleh dengar,
Kenapa abah tak nak dengar!


5.     Penutup yang baik yang juga menjadi moral cerita ini yang rupanya penyebab utama adalah uda dan dadah.

Aku rasa cerita ni boleh diterima kalau tak menonjolkan si melur tu meski dia berhak mendapat pujian hasil lakonannya yang berkesan (Syarifah Sakinah). Aku rasa cerita ni boleh jadi lagi menarik kalau diperhalusi lagi tengah atau perkembangan. Seolah pengarah mendapat idea awal dan akhir sahaja. Pertengahan yang menggabungkan dua, awal dan akhir dibiar tidak diperhalusi.

Maka, sekian. Nanti aku tambah lagi bila aku ulang tonton. Macam hebat sangat je kritik cerita orang. Pekak pergi Cannes, kau ada? haha  






Comments

  1. Menarik review tuan, boleh share review DANGAL tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagaimana tuan boleh menemui blog ni. Adui. Cerita tu tak tau. Pasal apa?

      Delete

Post a Comment

Jemput kritik!

Popular Posts