Bola dan risensi Sebelas Patriot.





Bola.

Tadi perasaan bercampur baur.

Semalam final Euro yang menyaksikan Portugal menang ke atas Prancis. Gol Eder di masa tambahan. Serta drama C.Ronaldo yang dipujuk kupu-kupu, menangis dan kemudiannya sakan bergembira dengan kejuaraan portugal. Sejujurnya Prancis lebih mempunyai peluang. Bagi aku, hanya kesalahan minimal dalam tektikal sahaja. Mungkin juga kesalahan dalam pemilihan pemain.

Tadi juga aku usai membaca Sebelas Patriot , karya Andrea Hirata. Sebuah karya yang sederhana, namun sangat puitis dan mengusik perasaan. Kisah seorang anak yang pilu dengan nasib ayahnya yang diputuskan harapan bermain bola. Anaknya demi membalas, mahu jadi seperti ayahnya. juga diakhiri dengan kisahnya membeli jersey untuk ayahnya yang meruntun jiwa dilatari gaya backpakers.

Ianya sebuah buku yang ringkas (seratus muka sahaja). Namun cukup bagus untuk melupakan sakit membaca novel Ayah. Ini kena dengan gaya beliau, diksinya menari dengan baik, meruntun jiwa, aku sangat empati dengan karakter ikal dan ayahnya. Tambah asyik, dengan tambahan yang seperti foto, basikal bonceng dan bola sepak kampung. Menjadikan ia cukup bagus.

Mungkin disebabkan aku terkesan dengan novel-novel beliau yang sebelum, aku juga turut empati dengan mereka. Mungkin.

Namun yang paling penting adalah kesan semangat dari novel ini. Bagi peminat bola, tentu sekali ianya menjentik perasaan kerana terkait isu impian, nasionalisme, keseronokan dan passion dalam bola. Ia ibarat cinta yang buta. biarkan kalah, tetap mahu disokong. Itu memang prinsip seorang peminat bola.

Sadis sekali gabungan tema impian seorang ayah yang mahu bermain bola untuk indonesia, anak yang mahu membalas jasa serta latar bola. Sangat kuat tema ini dan itu menjadi punca novel ini diingati dan disukai.

“Prestasi tertinggi seseorang, medali emasnya, adalah jiwa besarnya.” 



Apa yang bercampur baur? 


Bagaimana Ronaldo dan Ikal itu ada kaitannya. Saya suka dengan watak yang keras dalam mengejar impian. Mempunyai bayang-bayang ronaldo yang menangis ketika gembira dan suka ketika membaca novel sebelah patriot ini menjadikan saya suka. Ayah Ikal mempunyai impian selamatkan indonesia dari belanda. Sanggup melawan Belanda walaupun dia tahu apa kesan selepas itu. Ronaldo juga begitu, dan tangisan beliau adalah satu bukti.

Dan saya adalah peminat bola. Saya suka bola sebab saya tahu lelaki suka bola dan sangat berguna untuk dakwah. begitulah.


p/s: Ini satu sudut pandang. Saya peka dalam isu bola sepak adalah mainan yahudi, memakan rakyat, dan ianya adalah sebuah bisnes dunia yang kotor. Jangan risau.





Comments

Popular Posts