Cerita : Malam Pertama Ramadhan 2016


katanya terakhir. 


Ramadhan tiba lagi. Ah, kali keberapa kau Ramadhan di Mesir?

"Ustaz pal pergi [masjid] ansor ke malam ini?" tanya Abbad.

Aku geleng. Sebenarnya belum putuskan lagi mahu pergi masjid mana. Mahu pergi yang jauh atau dekat. Yang jauh sudah tidak sempat kerana malam pertama semestinya sudah penuh.

"dekat je rasanya.." jarak masjid sudah aku putuskan. Masjid mana belum tahu.

"Eh, tadi kertas terakhir kan?" Abbad tanya aku lagi. Pelik juga bagaimana dia boleh tiba-tiba teringat.

Aku angguk. "susah jugaklah tadi. Baca banyak, yang keluarnya soalan kecik-kecik je."

"doakanlah ust pal kita habis.." celah Aqil.

"ana doakan antum selamatlah ramadhan kali ini" aku balas doa Aqil.

Abbad pandang aku, "jadi ust Pal nak pergi mana malam ini? [masjid] Bilal?"

Dan di saat itu, aku juga masih belum putuskan mahu pergi mana lagi. Dalam hati, aku berbisik yang aku bakal bawa mereka ke masjid-masjid sekitar.


Comments

Popular Posts