Sembang : Rugi Pula





Ah, terasa rugi pula

Semuanya gara-gara Hikmat yang menunjukkan sebuah gambar cantik di twitter-nya. Katanya, itu full-blood-moon, dan katanya lagi ini yang terakhir dalam tempoh ini. Bulan berdarah penuh yang seterusnya akan tiba pada tahun 2033.

“habis, umur berapa kita bakal melihat bulan berdarah cantik ini lagi?”

“dah nak dekat 40 nanti mungkin. Kalau umur panjang dan kalau kau masih bernafsu dengan benda-benda lawa begini…”

“40! Mata pun entah nampak entah tidak!”

Hikmat meneruskan perbualan dengan Aqil tentang bulan berdarah dan bagaimana untuk dapatkan hasil gambar secantik gambar dalam twitter yang ditunjukkan Hikmat sebentar tadi. Saya anggukkan sahaja. Bukan tidak faham, tetapi duit tidak ada. Iyalah, DSLR, canon dan lens adalah topik ribuan ringgit.

Tetapi memang betul, terasa rugi nian dengan bulan penuh berdarah semalam. Semalam saya sempat mengerling sahaja pada bulan penuh. Cantiknya luar biasa, bercahaya penuh dan sedikit besar berbanding bulan penuh pada setiap bulan yang lain. Teruja, tetapi terus masuk rumah dan baring tanpa mengambil gambar atau menghayati dengan lebih.

“Terkilan kan. Momen begini datang tidak selalu. Kalau datang, kita buat tidak tahu”

“Nasib kita sempat solat subuh dan isya berjemaah di masjid. Peluang yang Allah beri masa usia muda ini juga bukan selalu. Banding bulan, momen ini lebih penting.” Himat santai respon sentap.

Aku sentap dalam senyap. bulan yang aku lihat cerah, bulat dan cantik itu memang atas masjid, dan memang ketika aku menuju ke masjid untuk solat isya.

Usia muda adalah momen paling penting, paling bersejarah dan paling cantik, lebih cantik daripada bulan penuh berdarah dalam twitter Hikmat 



Comments

Popular Posts