certot lagi

minat betul dengan kisah pokok ini 



Farah memanggil Siti, kawan karibnya yang duduk di barisan hadapan.

"Kau tengok tu" kata farah kepada Siti sambil memuncungkan mulutnya menghala seorang budak lelaki yang duduk selang tiga baris dari mereka.

"Ya, Faris. Kenapa dengan Faris?"

"Tengok la betul-betul"

Beberapa kali siti memandang faris dan memandang farah semula

"isy, kau tak perasan ke dia tengah pandang aku?" kata Farah

Siti membetulkan muncung tudungnya, "dia suka kau ke? lama dia pandang kau?"

"Mana lah aku tau" Farah seperti menjawab kedua-dua soalan Siti.

Farah menyambung "eh Siti,kau pergilah tegur Faris tu. macam pelik je nak pandang aku lama-lama, kalau ya pun beragak la sikit"

"Kenapa kau tak pergi sendiri?" balas Siti berkerut.

"Aku malulah..." perlahan membalas sambil senyum tergedik-gedik.

Kenangnkan persahabatan sepanjang zaman mereka, Siti tanpa banyak soal menuju terus bertemu Faris. Farah masih di kerusi tidak berganjak. Melihat bagaimana Siti beraksi.

Tangan disisip tepi pinggang. Muka singa dikeluarkan, dan itu sebab kedua Siti tanpa banyak soal pergi menuju Faris. Sebab memang kerja dia berurusan dengan budak lelaki. Lelaki mana tidak takut dengan singa?

"hey!"

macam singa betina mengaum.Jari Faris diletakkan pada telinganya dan pandangannya dialih. beberapa orang pelajar lain juga menumpu pada Siti.

"Boleh tak kalau nak usha tu jangan nak lama-lama sangat. Puteri tercantik Farah rimas tahu. kalau ya pun minat, jangan la nampak sangat"

Riak muka Faris tidak berubah. Hanya kening kanan sahaja yang terangkat sedkit. Farah dibelakang pula hanya memasanga telinga, menjeling pun tidak pada adegan siti dan Faris

"apa kau cakap ni Siti"

"jangan nak berlagak macam tak buat apa salah. Gatal!"

Baik, sekarang dua-dua belah kening Faris terangkat.Perkataan terakhir Siti ibarat menampar dia. Faris perlu balas.

telunjuk diangkat menuju Farah. Semua yang disitu turut menumpu ke arah yang ditunjukkan Faris.

Farah yang tadi tenang berdebar.Mungkinkah ada luahan cinta dari Faris? oh!

"Aku pandang dia. Bukan dia" telunjuk pertama ke arah Farah. Kedua, diangkat sedikit menunjuk pelajar yang berada di belakang.

"banding orang lain yang sibuk gosip, tak buat apa. Kau tengok dia tengah buat apa. konsisten belajar"

kini semua menumpu pada Faris.

"dalam dunia ni ada benda lagi besar daripada nak usha orang atau nak bercinta. walaupun dia tu tak pandai, dia tetap terus belajar dan belajar"

Semestinya seisi kelas senyap. Terutama 'puteri' Farah dan Siti yang tidak tahu nak letak manamuka mereka.

Tentu sekali tiada yang lebih besar bagi Farah kecuali 'cinta'.










Comments

Popular Posts