Kepop





Tulis 5 minit, tiada perancangan tapi masih boleh tahan... haha 


Cuba lah awak tumpu yang kecil-kecil dahulu. Nanti yang besar akan menyusul. Percayalah awak.

"tapi bang..."

"shh.." sambil meletakkan jarinya pada bibir Farah


"Ingat, jangan kabut. Ramai yang tidak nampak yang kecil-kecil dan selepas itu mereka tenggelam, menyesal. Sebab apa? sebab yang kecil mereka sampingkan, mereka endah tak endah..."

Farah memandang ke bawah.

"Tumpu pada yang kecil bukan maknanya awak kecil. Tapi berperingkat dan itu lebih selamat dan mengikut fitrah"

Farah mengangkat mukanya. Ternyata bukan senang melepaskan apa yang dia suka, apa yang dia minati saban tahun ini. Moga Allah membalas usahanya melepaskan yang 'kecil-kecil' demi mendapat ganjaran yang dua kali ganda atau puluh, ratus kali ganda.

Azmi yakin walau ianya berat. Dia melepaskan senyuman moga-moga Farah lebih tenang dan kuat. Seribu yakin dia kenal Farah mampu untuk melakukannya.

"Farah jan.. Farah.. Farah janji!"

Mata Azmi membulat besar.

"Farah janji takkan layan kpop lagi! Demi Allah, kalau yang kecil ini Farah tak mampu buang, apatah lagi yang lebih besar!"

Setitis dua air matanya terlihat di lantai. Azmi hanya memerhati adiknya yang sungguh kuat meninggalkan perkara yang seperti sudah sebati, bertahun dalam diri Farah.

"Sekarang boleh lah Farah kejar yang lebih besar. Yang kecil-kecil ini dah buang"
Sambil mengesat pipi adiknya, Azmi tersenyum gaya oppa. Ah, comel juga Azmi ini.

Comments

Popular Posts