Macam binatang



“Macam binatang, layak dipanggil binatang, di belakangn ada baying=baying lampu kecil yang nipis, Di belakang lima orang ini ada bayang-bayang tersendiri. Dibelakngi kisah lampau dahulu, dengan biir sendiri bercerita tentang dahulu. Walau ada yang demam, sibuk berprogram dan sibuk dengan hal masing-masing, saya yakin semua dilupakan demi malam yang kejutan ini, di hadapan lampu kertas yang ala-ala ikea.

Seorang menangis! Seorang lagi menyesal dan seorang lagi gayanya seperti tidak tahu mana hujung mana pangkal ceritanya yang banyak itu. Menariknya, semua saya salah anggap. Benarlah yang zahir itu bukanlah yang hak, kecuali dicampur sendiri dengan batinnya dan dalamnya yang buat masa ini hanya dia seorang yang tahu selain Tuhan.

Saya benci music iringan thousang years, ya benar mas’ul mahu menimbulkan suasana. Tetapi tidak masuk dengan kisah kawan-kawan yang benci pada dirinya yang dahulu sebelum bertemu dirinya yang sekarang.

“Jadi awak boleh bayang yang awak akan keluar dari jalan ini?”

Tadi sudah dihentak apabila disuruh mengenang kisah silam. Kini diajak pula menjadi pesimis dalam hari mendatang. Sesi muhasabah paling agung setakat ini.

Jawapan saya 4/10, hampir ikhlas dan sama seperti kawan saya. Yang lain ada jawapan sendiri. Ada jawapan yang entah ikhlas, entah jujur atau entah tepat dengan dirinya.

Bau gambari dan sotong naik perlahan-lahan. Baki makan tadi menjalar masuk ke hidung kami namun sudah dinormalisasikan, Cuma hati yang tidak mahu dinormalisasikan degan suasana sentimental. Saya biar diri kalah, biarlah hari ini kita layan sentimental. Tepatlah, unsur perasan juga sebahagian dari wasilah. Umar juga diajar menangis dan bukan sentiasa dipedangkan.

“Macam binatang siapa yang masuk atas jalan ini dan keluar. Layak dipanggil binatang!”

Sambil menangis dia berkata. Kata-kata saya sumpah demi Allah, itulah yang paling ikhlas dalam bulatan kami mala mini.


Comments

Popular Posts