Risensi: Cinta hari-hari rusuhan
Ulasan cinta hari-hari rusuhan
1. Sebagai
penggemar novel karya Faizal Tehrani (FT), saya cuba mendapatkan semua buku
tulisan beliau dan novel ini tidak dijumpai kecuali diterbitkan
semula oleh Dubook. Dibeli pada pesta buku kuala lumpur 2017
2. Judge
(sangkaan) awal : buku ini akan menjadi seperti buku Faizal Tehrani yang lain,
hanya menitik beratkan soal fakta di dalamnya. Jadi saya beranggapan dia akan
dipenuhi dengan fakta kebangkitan mahasiswa, reformasi, politik, dan debat
antara mahasiswa.
Walaubagaimana pun, buku
ini bukanlah sekadar itu. Ia sarat dengan konflik. Ia ini novel Faizal Tehrani
yang bersirat konfliknya. Maka ia bergerak dengan plot, bukannya sekadar debat
dan khutbah seperti kebanyakan karya beliau. Malah banyak unsur menarik yang
menjadikan buku ini menarik selain mewujudkan kesedaran kepada mahasiswa.
3. Apa
yang membuatkan buku ini menarik?
Biar saya tulis beberapa konflik yang menjadi
plot buku ini
I. Cinta
dua darjat antara dua aktivis mahasiswa yang berlatarkan perjuangan mahasiswa
pada 1970. (ini tema utama. Ini berkenaan kisah cinta Tengku Valizah dan Basri
yang berlaku ketika rusuhan. 20 tahun mereka berpisah. Tengku Val hingga mati
ingat akan cintanya, dan basri masih membayangkan Val pada Basariah)
II. Perjuangan
retorik yang tidak berkekalan. Hanya semangat di zaman mahasiswa sahaja
(kritikan pada kawan-kawannya yang cair identiti. Basri hingga keluar Malaysia
sedangkan kawannya menjadi pemimpian yang mereka merusuh dahulu)
III. Mahasiswa
yang menyusun protes dan demonstrasi. Terpaksa melawan dengan polis hingga
melarikan diri. (ini menjadi latar. Pembaca akan tidak keruan apakah Berjaya
protes mereka? Apakah yang berlaku pada basri? Adakah basri selamat?)
IV. Mahasiswa
yang bodoh (Paling ketara adalah watak raja hisyamuddin yang berfoya-foya malah
mengandunkan Tengku Val anak luar nikah, serta membunuh ayah Tengku Val
sendiri)
V. Konflik
dalaman yang penting pada setiap watak. (Basri dengan cinta dan perjuangan,
Tengku Val juga. Basariah mahu selamatkan ibunya, Raja hisyamuddin ketika muda
yang befoya dan berubah ketika tua, kawan-kawan Basri di scrud seperti nakamura
juga memberi kesan dalam cerita ini.
4. Apa
lagi yang membuatkan buku ini menarik?
I. Bagi saya, benda yang paling menarik dalam novel ini LATAR. Latar
tempat yang berlaku di Malaysia dan eropah diceritakn dengan baik oleh FT. Ini berlaku
ketika Basri melompat negeri dari Sidney hingga ke London. Semua tempat ini
tidak dibiar kosong. Kedua latar masa. Dua latar yang berbeza iaitu lewat 60-an dan 90-an. latar 60-an menjadi kuasa besar kerana padanya berlaku rusuhan demi rusuhan.
II. Watak
Basri yang sangat-sangat kuat. Dia pencinta sejati. Dia kuat melawan. Dia tidak
statik. Dia merantau. Dia merantau 20 tahun. Dia kekal dengan cintanya. Dia
kekal melawan. Dia tidak menangis. Dia memendam rindu pada negara dan cintanya.
Dia membuat silap dengan tidak memeriksa apa sebab Tengku Val menjadi begitu.
Mahu apa lagi? Ini watak yang menarik dan
menggerakkan plot serta watak lain.
III. Menerangkan
erti pemuda dan mahasiswa dengan lebih luas. Benar mahasiswa tidak perlu mahu
membakar dan merosakkan pagar dan melawan polis. Namun mahasiswa perlu sedar
bahawa hidup mereka lebih besar daripada lulus periksan dan mendapat kerja yang
baik. Jarang ada novel yang menyebut kisah ini.
5. Apa lagi?
Saya tidak menggemari
cara hubungan lelaki-perempuan antara val dan Basri. Ya memang benar kurang
kesedaran agama ketika zaman 1975 tetapi tidak harus begitu mesra hingga
memegang pipi. Bermain cinta sambil berjuang adalah anak muda yang tidak faham.
Ia perjuangan tanpa agama.
6 Kesimpulan
Ia adalah sebuah kisah
yang menarik. Kisah cintanya bagi saya tidak tipikal. Menunggu 20 tahun hingga
naik gila, namun setelah berjumpa semula hasil usaha basariah yang juga
mencintai basri, cerita dibiar tergantung. Happy ending adalah tipikal. Mereka
berdua salah namun tidak perlu mereka memaafkan. Biarkan sahaja Basri dirusuh
begitu hingga akhir hayatnya.
Plot dua zaman muncul,
Basariah menjadi penghubung antara dua zaman ini.
Diselit dengan dugaan
Tengku Val yang berjuang dengan ibunya yang mementingkan darjat. Serta Raja
Hisyamuddin sebagai mahasiswa bodoh. Hingga Basri melarikan diri hingga
20 tahun.
Bertemu pula kawannya
yang menarik. Mempunyai cerita lama. Konflik personal yang menghantui diri.
Padahal boleh sahaja tidak memasukkan mereka ini dan tidak mengkusutkan cerita
ini. Rupanya di situ terselit Nakamura yang mengundang perasaan Basri untuk
pulang.
Dan pulangnya bahagia?
Oh tidak. Hingga ke akhir Basri menderita dengan sebab merusuh di luar
menentang kerajaan. Dan membiar diri dirusuh oleh tengku Val disebabkan sangka
buruk.
Paling penting, semua
konflik ini dilatari dengan latar rusuhan dan demonstrasi.
Inilah hasilnya jika
latar begini bercantum dengan watak yang kuat serta konflik yang tersirat.
7/10
Comments
Post a Comment
Jemput kritik!